Wednesday, March 31, 2010

Lollichoc & Praline












Alkisahnya, nak pergi makan kenduri kat Pantai Dalam. Teringat pula nak tengok kawan yang baru lepas bersalin. Memang kat situ jugalah rumahnya. Hadiah tak beli, nak bagi duit macam biasa sangat la pula, kan. Fikir-fikir, bagi coklat sajalah. Familinya ramai juga, adalah buah tangan untuk diaorang gak. Stok coklat pun ada, apalagi subuh sepei dah prepare nak buat.Buat lollichoc macam-macam fesyen bagi diaorang teruja sikit nak makan...hehehe. Mula-mula relax je buat tiba-tiba tengok jam dah pukul 9.30. Janji ngan kawan seorang lagi pukul 11.30 dah sampai sana. Alamak tak sempat ni baju pun tak iron lagi. Nak bersiap lagi. Nak tunggu coklat beku lagi. Nak pack coklat lagi. Nak tangkap gambar coklat lagi (wajib ni). Sudahnya kelam-kabut juga menyiapkan coklat. Lain kali prepare awal sikit. Yup remember!!

Sunday, March 28, 2010

PESTA BUKU LAGI! DEMO KEK LAPIS



Puan Nomie Aziz yang membuat demo kek lapis di gerai Berita Publishing. Walaupun bukan orang Sarawak, tetapi beliau dapat menguasai cara pembuatan kek lapis. Bestnya haritu, sebab Puan Nomie dah sediakan hadiah untuk sesiapa yang jawab soalan.
Bunga matahari ni. Bukan sahaja boleh buat bunga. Tulis pun boleh. Kena kreatif la ni. Istimewanya kek lapis kerana begitu unik dan berseni. Sebelum nak mencantum-cantumkan warna tu kita kena fikir hasilnya nanti macam mana.
Tak sia-sia datang. Dapat bawa balik kek ni satu kotak sebab jawab soalan. Bukan senang orang nak bagi free. Suka suka suka..hehehe

Masa sekolah menengah dulu pernah buat kek lapis dengan mak Dekat nak raya rasanya. Penatnya buat. Renyahnya nak bakar selapis selapis. Lapis biasa je ... takde la buat corak-corak macam ni. Itu yang pertama dan terakhir sebab payahnya. Dah tengok demo ni dan baca buku insya-Allah boleh cuba tapi ... kena beli loyang dulu dan pengukur tu, mahu terkubur je niatku ini:)


video





Saturday, March 27, 2010

Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa, Putrajaya / International Hot Air Ballons 2010


Pesta kali ke-2 yang diadakan di Precint 2, Putrajaya 18-21 Mac 2010. Terlambat upload. Menarik semuanya. Antara pasukan yang terlibat, Malaysia sendiri, Perancis, Jepun, New Zealand, Thailand, Korea Selatan, Filipina dan Amerika Syarikat. Boleh juga naik helikopter yang akan bawa kita ke kawasan sekitar. Masa ni sesiapa yang nak naik bot boleh dapat setengah harga, Cruise Tasik...keliling tasik tu boleh la tengok apa yang ada. Ada penerangan yang akan diberikan. Jadi bolehlah tahu apa yang kita lalu tu.


Rumah api kalau tak silaplah sebab tak perasan ada tulis ke tak. Tapi rupanya macam rumah apilah. Sebenarnya dekat sini ada penerangan tentang sejarah perkembangan Malaysia mengikut tahun-tahunnya. Saya tak perasan pada mulanya, cuma nampak tahun-tahun sahaja. Ingat saja-saja tulis. Rupanya ada sejarah kat situ. Rugi juga tak dapat tengok betul-betul sebab dah hujan masa tu.
Kita akan melalui masjid ni bila naik Cruise. Masjid Bandar Raya atau lebih dikenali sebagai masjid 'besi' yang merupakan mercu tanda terbaru Putrajaya.


Sebenarnya saya tak dapat tengok pun belon-belon tu. Pergi hari terakhir, petang pula tu. Punyalah excited nak tengok tiba-tiba hujan. Belon tu baru naik sikit je. Dah hujan lebat, belon-belon tu pun dah turun balik. Sempat naik cruise saja.. Gambar-gambar belon tu sebenarnya kakak yang pergi masa hari kedua. Terima kasih Zakiah Zainal Abidin yang memberi sumbangan gambar.

"THE JOY OF WORKING WITH CHOCOLATES"(Demonstration by BERYL'S Gourmet)

Saya memang suka jadi ahli macam-macam tempat. Ahli, kan boleh dapat keistimewaan seperti ganjaran atau beli pada harga yang murah. Jadi ahli Popular, MPH, Petronas dan Jusco. Sejak dua tiga menjak ni pula jadi ahli kedai jual barangan kuih. Sampai penuh la purse dengan kad. BAGUS hantar e-mel pasal kursus ni dan hanya RM15 je untuk ahli. Kira murahlah tu. So join saja untuk tambahkan pengetahuan.

Sorry, gambar gelap. Malas nak bangkit tukar tempat. Tengah menumpukan fikiran. Ingatkan Chef Malaysia rupanya omputih, Chef Joy Pelo, Filipina-Australia. Memang speaking saja la. Kenalah menumpukan perhatian. Bukannya tak faham tapi fikiran selalu terawang-awangan bila bahasa Inggeris..hehe.. Tapi Chef ni kelakar suka buat lawak memang kenalah dengan nama Joy tu. Hari tu cuaca panas, susah sikit nak buat coklat. Memang cabaranlah bagi dia. Dia katalah.

Pertama kali Beryl's buat demo ni. Ada ura-ura akan buat kursus di masa akan datang. Mula-mula ada yang tanya chef ada bagi resepi tak? Dia kata tak. Ish cam sombong je chef ni...rupa-rupanya dia kata akan ajar kita macam mana nak buat resepi sendiri supaya kita boleh berbangga dengan hasil kerja kita. Ohh itu maksudnya..heheSedap coklat ni. Memang best chef ni patutnya habis pukul satu tapi dia teruskan juga sampai siap. Bila tengok kitaorang dah tak semangat je... lapar, kan. So dia bagi lagi coklat ni. Coklat kan, baik untuk energy. Memang sedap.

The difference between Real Chocolate (Couverture) and Compound Chocolates:

CHOCOLATE OR REAL CHOCOLATE, and or in European and Chef Terms called Couverture is a type of Chocolate made with the addition of COCOA BUTTER when it comes to fat requirement.

COMPOUND or COOKING CHOCOLATES or sometimes called BAKING CHOCOLATES is a type of Chocolates made with the addition of VEGETABLE FAT or COCOA BUTTER SUBTITUTE when it comes to fat requirement.


Sebelum ni saya tak berapa faham kenapa couverture kena temper. Pastu cakap kena ada satu crystal je yang diperlukan. Masa kat kelas ni lah baru faham bila tak temper coklat tu warna tak akan cantik, ada fat bloom. Ada macam perang-perang kat atas coklat tu. Nasib baik chef ada bawa contoh coklat tu.

Satu lagi, coklat ada 6 crystal cuma nak 1 crystal saja. So kena buang 5 lagi. Contohnya: lambang-lambang ni maksudnya crystal la # + ^ ~ * %. So kita cuma perlu crystal bentuk ni saja + + + + + + yang lain tu kita buang. Ni Sean dari Beryl's yang terangkan. Siap ada gambar rajah lagi. So faham dah. Berbaloi gak la ikut kelas ni.

Bengkel Ekspres Coklat anjuran Berita Publishing S/B

Bengkel Ekspres Coklat anjuran Berita Publishing S/B

Ni kat Pesta Buku lagi. Habis saja demo di gerai, berlanjutan pula ke bengkel ekspres. Memang dah lama diiklankan dalam majalah Jelita. Bengkel ini diadakan sempena Pesta Buku inilah. Ada bengkel ekspres solekan dan dandanan rambut, seni ukiran buah, pastri, soft furnishing, kek lapis dan bengkel kecantikan.


Sementara tunggu peserta datang...Chef Amer terangkan pasal kursus asas dan kursus lanjutan coklat yang akan diadakan di Berita Publishing. Sesiapa yang daftar masa tu untuk kedua-dua kursus ada diskaun sikit. Kelas terlewat sebab ada yang tersangkut kat parking. Memang jam teruk kat PWTC tu.
Chef tengah terangkan, mold kena lap kering. Kalau buat coklat tak boleh langsung terkena air. Untuk fahamkan lagi, beliau buat demo kalau coklat masuk air apa yang akan jadi. Mula-mula memang coklat tu cair pastu, bila masuk air jadi keras dan macam membeku. Selalunya memang saya terfikir-fikirlah apa akan jadi bila kena air tapi tak pernahlah nak buat ujian sendiri, kan. Rugilah coklat tu hehe... Tapi sebenarnya coklat yang dah masuk air tu boleh ditukarkan kepada ganache, jadi janganlah buang pula coklat yang tak jadi tu.
Coklat yang dah dicairkan bila lama kat luar, akan keras balik. Jadi kita panaskan balik coklat tu dengan benda ni. Tak payahlah susah-susah nak double boil balik. Boleh keringkan mold gak dengan benda ni. Kalau kat rumah bolehlah pakai hairdryer.
Coklat yang berkualiti adalah coklat tu berkilat. Dalam ni ada hazelnut. Yang menyedapkannya lagi coklat ni sebab ada pes kacang hazel.
Lepas chef tunjuk macam mana nak buat. Kitaorang pula try buat, ikut kumpulan. Buat 2 jenis coklat, satu Hazelnut Praline dan Cluster.
Ni cluster. Senang je buat, badam dan kranberi pastu masukkan coklat. Gaul sampai rata dah boleh sudukan dalam bekas. Kena pastikan coklat meliputi semua sebab kalau tak, akan masuk angin. Badam tu seperti biasa dipanggangkan dulu.

Habis kursus semua orang dapat bawa balik coklat. Wah best...banyak gak yang dapat... Di akhirnya sesi penggambaran peserta dengan Chef Amer. Promote buku lagi..hehe.


Wednesday, March 24, 2010

Pesta Buku 2010.



Ni dia buku-buku yang dibeli. Pelbagai tema. Bukan untuk diri sendiri saja untuk mak dan mak sedara yang pesan. Diaorang jauh nak datang. Ni baru 1st round. Ahad ni mungkin 2nd round.

Yang ni pula menghadiri demo coklat oleh Chef Amer di gerai Berita Publishing. Awal-awal dah tunggu sebab nak duduk depan.
video video

1) Tuangkan coklat dalam mold.
2) Masukkan hazelnut yang dah dipanggang ke dalam coklat. Tekankan dengan sudu.
3) Bila dah keluar dari peti ais. Biarkan sekejap. Jangan terus keluarkan. Kepak mold dan lapik dengan pelapik dia so coklat akan jatuh kat atas tu.. ketukkan belakangnya.
4) Tadaaa... dah siap. Semua orang dapat coklat free yeay.

TEROKAI RAHSIA COKLAT BERSAMA CHEF AMER



Buku bahasa Melayu tentang coklat memang tak banyak dalam pasaran sekarang ni. Cuma pernah jumpa satu buku keluaran Karangkraf dan satu lagi dari Indonesia. Jadi, bila jumpa buku ni kat Pesta Buku hari tu memang suka sangatlah. Maklumlah dah belajar coklatkan. Tanpa tengok isi dalam terus beli. Istimewanya beli di Pesta Buku, dapat beli murah sikit. 10% diskaun dan boleh minta tandatangan penulis. Masa beli haritu bukunya belum dilancarkan lagi tetapi sambutannya laris macam goreng pisang panas. Yalah ada demo pula kat situ, lagilah orang tertarik.


Tajuk Buku: Terokai Rahsia Coklat bersama Chef Amer

Penerbit: Berita Publishing S/B dan Lembaga Koko Malaysia Pengarang: Chef Amer

Bil.Halaman: 119 m/s Tahun Terbitan: 2010

Harga:RM25.00



Sinopsis:

Koko anugerah alam paling hebat kepada manusia sejagat. Daripadanya tercipta coklat, bahan makanan amat lazat lagi berkhasiat dengan rasa penuh nikmat. Bersama aromanya yang memikat, hampir tiada orang di dunia ini yang tidak menggemari coklat. Memenuhi selera dan keinginan penggemar coklat, maka lahirlah buku ini.


Komen:

Kertas berkualiti. Begitu juga dengan gambarnya yang terang dan lengkap dengan langkah demi langkah. Boleh buat bunga ros dengan coklat, kotak coklat, riben dengan coklat dan hiasan lain. Pendek kata semuanya coklat. Tak sabar nak tunggu raya ni, nak tayang dan jual coklat. Sekarang ni berlatih dulu. Hehehe...

Tuesday, March 23, 2010

Acara di Pesta Buku

Ada demo coklat di gerai Berita Publishing oleh Chef Amer. Semua orang tunggu coklat free termasuk la orang yang tangkap gambar ni. Setiap hari ada demo lain di gerai ni.
Ada juga S.O.X dance & drums. Menarik tengok cheerleader lelaki dan band dram ni.



Pesta buku yang ditunggu-tunggu sudah bermula. Saya memang tak pernah lepaskan setiap tahun. Masa inilah kita boleh dapat buku murah-murah dan pelbagai pilihan. Bukan sahaja menjual buku tetapi banyak aktiviti sepanjang pesta ini berlansung. Antaranya SOX dance & drums, International Conference on Children's Book, bertemu dengan penulis dan banyak lagi. Setiap gerai (booth) ada aktiviti sendiri.



Tempat: Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur, Malaysia
*Legar Putra
*Dewan Tun Razak 2
*Dewan Tun Razak 3
*Dewan Tun Razak 4
*Dewan Tun Hussein Onn
memang luas kawasannya, banyak tempat nak tengok cuma tak larat nak jalan dengan beg plastik yang banyak. Pergi tempat terpilih sahajalah, antaranya Utusan, Karangkraf, Berita Publishing dan S.Abdul Majeed.

Tarikh: 19-28 Mac 2010
Waktu Dibuka: Isnin-Khamis 10 pagi-8 malam
Jumaat-Ahad: 10 pagi-9 malam


Terdapat 856 gerai dengan 208 peserta dari dalam dan luar negara. Pelbagai kategori buku yang dijual seperti Falsafah dan Psikologi, Agama, Sains Sosial, Bahasa, Sains, Matematik, Teknologi, fiksyen kanak-kanak dan banyak lagi.

Rekod pengunjung:
2006 - 700,000 pengunjung
2007 - 1,000,000 pengunjung
2008 - 2,200,000 pengunjung
2009 - 1,500,000 pengunjung

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah merasmikan PBAKL ke-29 dengan tema 'Buku: Lakaran Masa Depan'. Beliau menyarankan PBAKL diangkat sebagai pusat perdagangan industri buku, sekurang-kurangnya bagi rantau Asia dalam jangka masa 10 tahun akan datang dengan menjadikan Pesta Buku Frankfurt yang disertai hampir 10,000 penggiat industri buku seluruh dunia sebagai penanda aras, (petikan: Berita Minggu Ahad, 21 Mac)

Wednesday, March 17, 2010

Kain Perca

Ni pakai kain perca biasa je ni..janji fesyennya vogue gitu..

Sibuk Si Cappucino ni nak jadi model..best duk kat selimut ni..ada batting bawahnya so tebal sikit.

Semua kotak fesyennya lain-lain kalo tak silap namanya nine patch

Sebesar selimut biasa...jahit tangan ni..bangganya...sayang sangat kat selimut ni

Pertama kali belajar secara profesional buat selimut baby..guna kain import..mahal ni. Ni pun jahit tangan. Maklumlah tak ada mesin..sebenarnya takut gak guna mesin..hehe

Bear betina
Bear jantan

Soal Jawab Chef

Beruntung ada mak saudara yang mempunyai minat yang sama iaitu hobi membeli buku. Kadang-kadang belum sempat baca dah beli buku lain sampai ada ketikanya tak ingat, buku ni dah beli ke belum. Sudahnya ada dua buku yang sama..hehe. So buat apa simpan dua-duakan, dapatlah saya buku free. Tq Mak Pah. Buku-buku yang kitaorang beli pun selalunya sama dari resepi, kraftangan dan buku agama.








Tajuk buku: Soal Jawab Chef

Penerbit: Buku Prima S/B Pengarang: Kompilasi Majalah Rasa

Halaman: 160 m/s Tahun terbitan:2009



Sinopsis:
Wanita khususnya sering menghadapi masalah dari segi penyediaan bahan atau ramuan, rasa yang kurang sedap sering menjadi kemusykilan yang perlu diselesaikan. Contohnya mengapa kek gula hangus tidak masak sempurna atau tandoori yang dibuat tidak seperti tandoori mamak. Di dalam buku ini semua persoalan itu dijawab oleh pakar masakan terkenal iaitu Chef Noraini Adnan.
Komen:
Memang selalu beli majalah Rasa dan memang semuanya dah baca. Tetapi buku ini mengingatkan semula apa yang telah dibaca. Lagipun senang menyimpannya jika dibandingkan kita potong dari majalah dan simpan. Harganya RM12.90 sahaja. Gambar-gambar dimuatkan tetapi bukan semuanya. Memang sesuai dijadikan koleksi bagi orang yang minat memasak atau tak berapa tahu nak masak.
Soal jawab chef:
kompilasi dari majalah rasa / penyelaras Norsuraya Desa
ISBN 978-967-5234-60-6
1.Cookery--Malaysia. I.Norsuraya Desa II. Judul
641.59595

Tuesday, March 16, 2010

Tarts My Heart




Hari tu pergi kedai buku Popular ingat nak renew card je. Tapi memang pantang la masuk kedai buku tak membeli hmmm nak nak pulak memang buku yang dicari-cari. Saya memang suka tart, cari buku bahasa Melayu ada la gak tapi sikit je.. tak sangka ada pula jumpa buku bahasa Cina ni tapi ada translation Inggeris la. Memang puas menengoknya... tart semuanya.


Tajuk buku : Tarts My Heart


Penerbit: Famous Cuisine Publisher S/B Pengarang: Kevin Chai
Bilangan halaman: 125 m/s


Sinopsis:

Segala-galanya tart di dalam buku ni. Di awalnya ada tunjuk langkah demi langkah buat crustnya. Asasnya sama sahaja cuma filling dan hiasannya berbeza. Ada 57 jenis tart dalam ni, antara yang menarik Egg Tarts, Fruit Tarts, Hot Dog Tarts, Kiwi Egg Tarts, Mix Fruit Tarts, Marble Cherry Tarts dan banyak lagi.


Komen:

Buku resepi Cina memang menarik. Gambar besar dan jelas. Ada langkah demi langkah walaupun sikit je tapi puas la juga. Harga RM22 je. Tak mahal, gambar banyak dan kertasnya tebal. Walaupun entah bila nak mencubanya tapi puas hati jumpa buku yang dicari-cari. Simpan dalam library aku.

Monday, March 15, 2010

Koleksi Epal


cantiknya


manik
bestnya kalau pandai buat ni



ni yang paling best, kalendar

bunga ni jahit guna mesin Epal



Cantik-cantik patchwork kat kedai Epal ... gila dibuatnya...




Kuntum Si Peramal Cuaca

Biasa dengar,kan binatang ni ada six sense . Dia boleh tahu ada bahaya di sekitar atau bencana alam.  Dengan bangganya saya nak beritahu ku...