Monday, March 8, 2010

Berani Berubah Menjadi Usahawan

Balik dari kampung, singgah di R&R Tapah. Di Highway Mart biasalah masuk je mesti tengok majalah ke buku ke sedangkan nak beli air je. Belek punya belek jumpa satu buku, menarik gak.



Tajuk: Berani Berubah Menjadi Usahawan
Penerbit: Kaki Buku Enterprise, Wangsa Maju
Pengarang: Nassrul Hakim
Bilangan halaman: 133 m/s Tahun terbitan: 2009
Harga: RM16

Sinopsis:
Lebih kepada motivasi untuk menaikkan semangat menjadi seorang usahawan. Adakah cukup hanya makan gaji sedangkan banyak keperluan pada masa sekarang. Adakah kita mahu setakat itu sahaja tanpa memikirkan jalan yang mungkin terbentang luas dalam bidang keusahawanan.

Pengajaran:
Antara yang terkesan di hati apabila dikatakan, usahawan yang gagal adalah usahawan yang mempunyai ijazah dan diploma. Perkara ini memang betul bila dilihat kepada diri sendiri. Bila ada ijazah, jika kita sertai bidang keusahawanan dan gagal, kita akan berfikir, lebih baik kerja makan gaji mengikut kelulusan yang ada, tiap-tiap bulan sudah pasti apa yang akan kita dapat. Balik pun ikut masa. Jika dibandingkan dengan usahawan sudahlah tak tahu untung ruginya, balik pun tidak tentu masa.
Namun jika seseorang itu hanya berkelulusan SPM, pasti dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya memandangkan kelulusannya hanya layak untuk jawatan yang rendah.

Komen:
Harganya berpatutan. Penggunaan bahasa yang mudah, idak meleret-leret. Malah berjaya menyuntik semangat keusahawanan dalam diri. Pengarang juga banyak menggunakan persekitaran sekeliling untuk memberi kefahaman kepada pembaca. Misalnya memberi contoh kejayaan usahawan lain.

Nassrul Hakim
Berani berubah menjadi usahawan / Nassrul Hakim
Bibliografi: m/s 133
ISBN: 978-967-5337-01-7
1. Entrepreneur 2. Success in business I. Judul
658.022

No comments: