Friday, April 30, 2010

Special Cupcake

Saya dah try beberapa kali buat cupcake...jadi...tapi tang hiasan tu selalu tak menjadi je (baru dua kali..hehe). Pegang piping beg pun menggeletar je...camne.. At last yang ni gak menjadi. Tahan lama pula tu. Yang ni hadiah hari jadi untuk mak tahun lepas. Tengok dalam majalah Impiana cara-cara membuatnya. Tahun ni hadiah untuk Hari Ibu cadangnya nak hadiahkan coklat pula. Hemmh...surprise...!!




Guna mangkuk agar-agar, kain felt, polyster fibre, riben dan bunga-bunga hiasan. Siap!!

Thursday, April 29, 2010

Lollichoc & Oreochoc

Ladybird & bunga ros


Baru dapat moldnya tu yang sakan try..hehe

Jangan ingat cupcake je ada menda ni...coklat pun boleh taruh gak Upin & Ipin yang kiut ni

Wednesday, April 28, 2010

COKLAT DENGAN TULISAN BERCETAK







Cam tak logo ni??...kalo cam maksudnya menjadi lah...huhu walaupun sebenarnya tak menjadi...Kalo fondant mesti jadi. Konon terror buat ngan coklat gak padahal tak boleh pegang lama-lama sebab suhu badan kita kan panas so cepat cair. Kalau tak jadi ngap jela awal-awal ya Cik Le'a sebelum dibahagi-bahagi.





Thanks Cik Le'a yang menempah coklat ni untuk makan-makan dengan rakan sepejabat. Kalau tengok kat coklat tu ada 3 huruf. Tu mewakili nama singkat diaorang, so kalau nak makan...kena la cari nama masing-masing ek. Selamat menjamu selera.

Saturday, April 24, 2010

Universal Studios Singapore

Kalau diikutkan dari segi umur, dah melepasi zaman remaja. Tapi hati kena muda hehe. Lagipun setiap orang mesti ada sisi keanak-anakan dalam diri. Jadi memang enjoy la pergi ke taman-taman tema sebegini. Walaupun masa pergi tu hari bekerja, ramai orang juga. Masih tak siap sepenuhnya. Lagipun masa ni soft opening belum rasmi lagi. Sepatutnya roller coaster Battlestar Galactica jadi tarikan tapi ditutup kerana masalah teknikal. Rugi, tak dapat naik. Kalau tengok gambar memang menakutkan.

Mula-masuk kita ke bahagian Hollywood. Kalau bernasib baik boleh jumpa Marilyn Monroe kat sini. Seterusnya ke Sci-Fi City. Ancient Egpyt pun tak kurang hebatnya, ada roller coaster Revenge Of The Mummy. Kalau nak tengok anak dinasaur yang comel. Kat sinilah tempatnya, The Lost World. Minat Shrek...ya jalan-jalan ke bahagian Far Far Away. Last stop kat Madagascar, makan tengah hari di sini. Enak juga satenya.




Ke mana arah kita?? Casino tu nampak terang je arahnya. Haram!!
New York. Antara yang menarik; Lights, Camera, Action! Hosted by Steven Spielberg. Boleh tengok macam mana special effects yang dibuat.




Siapa nak bergambar dengan Shrek & Princess Fiona??
Far Far Away Castle. Dalam ni ada pertunjukan 4D. Intronya lama sangat kitaorang penat tunggu. Akhirnya, enjoy. Semua tempat boleh beli sourvenir. Beli jangan tak beli. Benda-benda kecil ginilah yang menghabiskan duit..huhu.
Kiut miut Puss In The Boot ni. Sesiapa nak bergambar boleh tapi 2 take je ek... kalau nak lebih beratur lagi.


I like to move it move it (Madagascar) tak sempat tangkap penuh diaorang berehat.

Wednesday, April 21, 2010

Air Mati

Berita Harian Online Mewah Bahasa: Air mati

Orang Perak biasalah dengan air mati. Air yang dah masak tetapi bukan air panas atau air suam. Gamaknya kuman-kumannya dah mati tu yang panggil air mati tu hehe. Situasi macam dalam kolum Mewah Bahasa tu memang pernah dialami. Masa tu first time datang KL, tahun 96. Pekat lagi cakap Peghaknya masa tu. Biasalah makan kat luar... idak le teman ghajin nak memasaknya. Sekali order air, minta ayor mati..idak difahamnya...nak pulak kedai-kedai makan kan ramai orang Kelantan-Siam, udah macam ayam ngan itik bercakap. Kawan yang menyampuk kata air suam. Ok je lah... dah dok KL lama ni udah macam-macam la pulak slangnya, kadang-kadang Kedah, Kelantan, Terengganu, Cina, Sarawak, Sabah pun ada...wah lupa daratan betul..hehe.... Maknanya kena balik kampung selalu ni...huhu.

Satu lagi, masa baru datang KL juga. Pergi la kenduri. Orang yang makan satu hidang tu dok mintak air manis. Menda la pulak ni...rupa-rupanya air sirap...laaa.

Walaupun berbeza dari segi bahasa kita kan di bawah payung yang sama, 1 Malaysia.

Tuesday, April 20, 2010

Apam Balik Pulut Hitam




Pasar malam. Tempat terbaik cari macam-macam especially makanan. Apam balik biasa, jagung, atau yang kulit je yang garing tu, tapi ni pulut hitam. Improvisasi ni... Siap ada kelapa lagi. Teringat pula bubur pulut hitam bila makan ni. Not bad juga rasanya. RM 3

Sunday, April 18, 2010

HAPPY BIRTHDAY

Mula-mula Yong nak tempah aja coklat, alang-alang dah birthdaynya 13 Apr, bagi free je la...semoga dimurahkan rezeki ya.

Friday, April 16, 2010

Reflections at Bukit Chandu




Disediakan satu tempat khas untuk pelawat-pelawat memberi kata-kata semangat.




Beralamat di Pepys Road, Singapore. Bangunannya terletak atas bukit, jadi lebih mudah naik teksi sebab boleh terus sampai pintu utama. Muzium mesti bosan, kan…tapi beri peluang pada diri, tengok semuanya. Mula-mula masuk dapat baca sejarah Tanah Melayu, bagaimana keadaan sosio-politiknya pada tahun 1930an. Ada peta, barang yang digunakan oleh Jepun, dan banyak lagi yang mengembalikan kenangan kita ke masa lalu. Ala boring je…baca buku sejarah pun tak pernah nak ingat.


Kat sini ada juga yang menceritakan melalui panduan audio tentang sejarah kemasukan Jepun. British tidak menyangka Jepun akan serang ke kawasan itu. Ada lah ditunjukkan peta bahagian mana Jepun masuk, lampu dinyalakan di kawasan mana yang disebut.


Tiba pada bahagian yang menarik … penceritaan secara virtual oleh Koperal Din dalam satu ‘kotak’ macam kita tengok wayang tapi macam benar-benar berlakulah. Nampak asap, kapal terbang dan kesan khas. Koperal Din menceritakan dengan penuh mimik muka dan gaya sekali. Comel je tengok dia macam nak elak dari peluru dan dia menyorok kat dalam gua.


Pada masa itu beliau berkata Rejimen Askar Melayu belum pernah mengalami 'perang yang sebenar' dan baru habis latihan tetapi terus berjuang dengan moto taat setia (kalau tak silap). Memang boleh rasalah penceritaan tu dan faham keadaan masa tu. Penceritaan lebih kurang 15 minit dan dalam dua bahasa, Inggeris dan Melayu.



Di tingkat atas pula terdapat bilik Teater Bukit Chandu yang mengimbas semula petempuran yang berlaku di Pasir Panjang. Selama ini memang selalu dengar pasal pengorbanan Leftenan Adnan Saidi tetapi seperti biasalah, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Bila dah masuk ke sini baru terasa bagaimana keadaan masa tu.


Kita akan mendengar bunyi senjata dan letupan melalui headphone khas. Sambil tu di depan ditunjukkan apa yang tengah diceritakan dibantu oleh gambar-gambar bersejarah masa lalu. Dengan keadaan yang gelap memang boleh rasalah apa yang diceritakan.

Leftenan Adnan yang mengetuai Rejimen Askar Melayu merupakan seorang yang bijak. Beliau dapat mengesan ada sesuatu yang tak kena bila melihat tentera Sikh datang ke arah mereka, dan memang benar itu sebenarnya askar Jepun yang menyamar. Beliau mengarahkan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya memberikan tentangan hebat. Biarpun tentera Jepun suruh menyerah tetapi Leftenan Adnan berpesan kepada anak buahnya ‘biar putih tulang jangan putih mata. Teruskan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir’. Walaupun apa yang kita dengar itu lakonan semula, tetapi memang boleh terbayanglah keadaan beliau yang tercedera.

Akibat keberaniannya melawan, Leftenan Adnan diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya menggantungkan kakinya ke pokok ceri dan menikamnya berkali-kali. Memang sedihlah dengar dan ada ditunjukkan gambar.

Lawatan yang sungguh bermanfaat. Nak tahu lebih lanjut, klik www.s1942.org.sg.

Tuesday, April 13, 2010

Singapore 2010







Pergi bercuti ... blog pun ikut bercuti ... tak sempat nak update blog lagi. Definisi bercuti patutnya berehatlah, kan ... tapi tak berehat langsung, kejar masa sebab banyak tempat nak pergi. Dahlah susah nak tidur almaklumlah baru tukar tempat. Pagi-pagi pun dah keluar, balik malam. Tapi memang puas hati dapat menambah pengalaman dan dapat belajar apa yang baik dari sana. Apa-apa pun hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Tanah tumpah darah tetap di hati.

Thursday, April 8, 2010

Roti Aiskrim - Popular Sepanjang Zaman








Sedap ni. RM2. Roti memang sedap makan cicah ngan apa-apapun...selain jem sedap gak cicah bubur kacang dan sup. Kalau makan aiskrim yang kon tak berapa kenyang sangat, dengan roti kenyang gak la. Aiskrim warna-warni memang nampak menarik. Cantik di mata sedap dirasa. Lebih-lebih pula hehe.


Masa zaman 90-an rasanya popular dengan aiskrim goreng. Masa tu mak buat sendiri. Bungkus aiskrim tu dengan roti pastu balut dengan kertas aluminium. Simpan dalam peti ais. Nak makan baru goreng. Rasanya macam ada salut dengan bread crumb. Tak ingat la pula. Tapi sekarang ni tak payah susah-susah, aiskrim goreng dah siap standard size. Goreng saja. Setiap kali pergi Pasar Malam Seksyen 17 PJ mesti beli.

Tuesday, April 6, 2010

Libur April 2010



Hari ni cuti setengah hari. Paip tersumbat la pula. Sementara tunggu plumber, belek-belek la majalah yang beli kat Pesta Buku hari tu. Sebenarnya memang jarang beli majalah ni. Tapi dalamnya ada 'Bersama Libur ke Taiwan', tak pasal-pasal beli pula..hehe... Saya memang suka cuti-cuti ke luar ni. Lagipun kawan pernah pergi sana. Memang seronok tengok tempat-tempat yang dilawati. Ke Taiwan bersama Libur ni, 6 hari 5 malam. 4-9 Jun, harga pakerjRM2639 termasuk tiket, penginapan, makanan halal dan lawatan. Kawan yang pernah pergi Taiwan tu kata harganya ok juga. Kalau pakej muslim memang mahal sikit sebab susah nak cari makanan halal. Rupa-rupanya tarikh tak kena. Next time lah...tunggu duit kutu banyak sikit...Taiwan atau Australia ???hmmm...

Monday, April 5, 2010

AYAM GOLEK PANTAI DALAM





Masa Pasar Ramadan popular ayam golek ni. Berbaris panjang nak beli. Problemnya tak boleh beli sikit. Kena beli setengah atau seekor. Siapa pulak yang nak buka puasa makan banyak-banyak, kan. So tak pernah la merasa. Semalam makan ramai-ramai barulah dapat merasa. Sedap. Tak payah cicah dengan sos cili pun dah sedap. Dihiasi daun selom dan kubis cina. Tapi tak boleh makan banyak-banyak, nanti muak.

Sunday, April 4, 2010

FIRST IN MALAYSIA ZORBBALL











Kali pertama di Malaysia. Ni kat Taman Tasik Titiwangsa. Macam naik roller coaster gak..,pusing-pusing sampai pening. Sesiapa yang pregnant, ada sejarah spine injury, masalah kesihatan seperti diabetes, darah tinggi tidak dibenarkan kecuali ada surat dari doktor. Dalam bola tu boleh muatkan 2 orang. Ni yang kering punya. Kalau basah dia akan masukkan sebaldi air di dalam tu. Kenalah pakai goggle ya. So macam washing machine la. Kita diikat di bola tu dan dia akan golek-golekkan turun bukit. Wah memang melayang rasanya. Walaupun sekejap je bergoleknya tapi mendebarkan gak. Nak tahu lebih lanjut, sila tengok http://www.gacadventure.com/zorbrides.htm

NASI AYAM PANAS


Semalam pergi Shah Alam tapao nasi ayam untuk dinner. Saya memang suka nasi ayam dari dulu lagi.Memang nampak menariklah, nasinya ditabur daun bawang. Baunya sedap. Malangnya ... bila dah makan, tak kena dengan selera saya, cili sahaja yang sedap. Supnya tawar. Kedainya ala-ala restoran 5 bintang dengan design yang menarik. So berpadananlah dengan harga nasi ayamnya RM6 tapi tak boleh lawanlah dengan Nasi Ayam Melaka di Sect 14 PJ... terbaik punya.

Saturday, April 3, 2010

Unique Fruit, Floral & Cartoon Cake Decoration - Demonstration

Master Andy Tan dari Tan See Fong membuat demo hiasan menggunakan buah, bunga dan kartun. Memang menarik cara dan teknik yang ditunjukkan. Saya dahlah tak biasa buat kek ni memang terpegun bila tengok cara hiasannya. Hanya guna fresh cream sahaja boleh buat bunga dan kartun. Bila nak tutup kek tu dengan fresh cream, dia guna turn table..tangan kanan pegang spatula, tangan kiri pusing la meja tu...wah macam buat labu sayong. Ish ... ish ... ish sungguh bergaya. Siapa yang biasa dengan coklat tu kenal dah Tan See Fong sebab mould coklat macam-macam. Kitaorang asyik tanya, tak boleh bawa balik ke kek tu. Master Andy senyum-senyum je kata nanti tanya Bagus (Pusat Bekalan Bakeri). Tak dapatlah tu maknanya...Tapi dah last tu dia announce...ada lucky draw..siapa yang bertuah tu dapat bawa balik satu kek. And I'm so luckyyyy...(sambung kat bawah sekali)



Kek pertama. Kereta tu daripada agar-agar. Guna mould coklat. Doraemon tu masa tu juga buat. Guna fresh cream. Tak sangka betul. Lepas tu dia spray dengan warna (cake deco spray powder) , keluaran Tan See Fong. Baru lagi dijual di pasaran. Dalam katalog pun takde. Senang je tak payah pakai air brush.

Kek kedua. Tulisan Happy Anniversary tu buat daripada coklat. Senang je tak payah tulis. Buat lubang kat tengah tu juga memerlukan teknik. Kena pandai pegang spatula.

Kek ketiga. Bunga-bunga ni diperbuat daripada coklat. Ni guna Chocolate Putty Knives.
Kek keempat. Bunga orkid tu...fuyoo
Kek kelima. Sesiapa yang tak pandai tulis-tulis ni, memang sesuai guna teknik ni. Unique Pattern Strip Chocolate Mould. Mould ni panjang tapi kita boleh potongkan ikut ukur keliling kek tu. Lepas tu ratakan coklat putih dan ratakan lagi coklat hitam supaya dapat warna yang bertentangan. Inilah dia hasilnya. Menggunakan hiasan bunga orkid juga. Pakai nozzle buat bunga ni, macam buat bunga ros tapi konnya dibelahkan.

Kek keenam. Ni bunga seri pagi..cantik bila diwarnakan. Daun tu dari coklat.
Kek ketujuh. Strawberry di luar dan hiasan coklat berbentuk shell.

Kek kelapan. Wah boleh buat teko. Tangkainya dari coklat dan dihias bunga kekwa. Guna fresh cream saja.

Sesi autograph untuk buku baru Master Andy Tan; Unique Fruit Cake Recipe & Decor.


...Dapat kek ni bawa balik hehe. Kenalah beli kotak. Kalau tak camne nak bawa balik,kan. So 8 orang sajalah yang bertuah hari ni :)