Saturday, April 3, 2010

Unique Fruit, Floral & Cartoon Cake Decoration - Demonstration

Master Andy Tan dari Tan See Fong membuat demo hiasan menggunakan buah, bunga dan kartun. Memang menarik cara dan teknik yang ditunjukkan. Saya dahlah tak biasa buat kek ni memang terpegun bila tengok cara hiasannya. Hanya guna fresh cream sahaja boleh buat bunga dan kartun. Bila nak tutup kek tu dengan fresh cream, dia guna turn table..tangan kanan pegang spatula, tangan kiri pusing la meja tu...wah macam buat labu sayong. Ish ... ish ... ish sungguh bergaya. Siapa yang biasa dengan coklat tu kenal dah Tan See Fong sebab mould coklat macam-macam. Kitaorang asyik tanya, tak boleh bawa balik ke kek tu. Master Andy senyum-senyum je kata nanti tanya Bagus (Pusat Bekalan Bakeri). Tak dapatlah tu maknanya...Tapi dah last tu dia announce...ada lucky draw..siapa yang bertuah tu dapat bawa balik satu kek. And I'm so luckyyyy...(sambung kat bawah sekali)



Kek pertama. Kereta tu daripada agar-agar. Guna mould coklat. Doraemon tu masa tu juga buat. Guna fresh cream. Tak sangka betul. Lepas tu dia spray dengan warna (cake deco spray powder) , keluaran Tan See Fong. Baru lagi dijual di pasaran. Dalam katalog pun takde. Senang je tak payah pakai air brush.

Kek kedua. Tulisan Happy Anniversary tu buat daripada coklat. Senang je tak payah tulis. Buat lubang kat tengah tu juga memerlukan teknik. Kena pandai pegang spatula.

Kek ketiga. Bunga-bunga ni diperbuat daripada coklat. Ni guna Chocolate Putty Knives.
Kek keempat. Bunga orkid tu...fuyoo
Kek kelima. Sesiapa yang tak pandai tulis-tulis ni, memang sesuai guna teknik ni. Unique Pattern Strip Chocolate Mould. Mould ni panjang tapi kita boleh potongkan ikut ukur keliling kek tu. Lepas tu ratakan coklat putih dan ratakan lagi coklat hitam supaya dapat warna yang bertentangan. Inilah dia hasilnya. Menggunakan hiasan bunga orkid juga. Pakai nozzle buat bunga ni, macam buat bunga ros tapi konnya dibelahkan.

Kek keenam. Ni bunga seri pagi..cantik bila diwarnakan. Daun tu dari coklat.
Kek ketujuh. Strawberry di luar dan hiasan coklat berbentuk shell.

Kek kelapan. Wah boleh buat teko. Tangkainya dari coklat dan dihias bunga kekwa. Guna fresh cream saja.

Sesi autograph untuk buku baru Master Andy Tan; Unique Fruit Cake Recipe & Decor.


...Dapat kek ni bawa balik hehe. Kenalah beli kotak. Kalau tak camne nak bawa balik,kan. So 8 orang sajalah yang bertuah hari ni :)

No comments: