Tuesday, October 12, 2010

Tart Buah


Sukanya .... pertama kali buat tart buah, nampaknya menjadi. Sendiri rasa sedap hehe... pengkritik kat rumah ni pun biasanya menyokong. Kena cari pengkritik bebas baru tau menjadi ke tak sebenarnya.

Saya beli buah kiwi je. Buah-buahan yang lain tu ambil fruit cocktail dalam tin. Memang dah ada kat rumah pun. Cerinya sikit je ... kenalah potong kecil-kecil sebab warna merah ni akan menyerlahkan lagi rupa tart tu. Saya memang suka apa-apa jenis tart. Bolehlah makan sampai puas!

Dapat resepi ni dari kawan sekolah. Masa dia letak gambar kat FB tu memang menyelerakan ... terus mintak resepi, tapi tak pernah la buat-buat. Kalau tak silap awal tahun lagi dia dah bagi tapi baru ni direalisasikan. TQ Puteri Maizura.

No comments: