Monday, February 28, 2011

ISBN & ISSN

Biasanya kita tak ambil berat kewujudannya, tapi jika kita nak beli atau cari buku lebih senang guna ISBN sebab ISBN ni macam identiti kepada buku tersebut. Kalau kita cari ikut tajuk buku mungkin kita kena tajuk yang lengkap untuk dapat buku yang dikehendaki tapi melalui ISBN ni lebih tepat.

ISBN (International Standard Book Number) merupakan 10 angka yang diperuntukkan kepada satu edisi buku yang diterbitkan. Pada 1 Januari 2007 penggunaan ISBN 13 angka digunakan secara rasmi.


Biasanya terletak di belakang kulit buku di atas barcode dan di muka surat prakata. Nombor 13 angka ini dibahagikan kepada empat bahagian, tiap-tiap bahagian dipisahkan oleh satu jarak atau tanda sengkang.

Bahagian I: Identiti Industri buku - digit yang mewakili industri buku 978

Bahagian II: Identiti Kumpulan-memberi identiti mengikut negara kawasan geografik atau kumpulan penerbit. Kalau buku dari Malaysia 983 dan ada juga 967. Kalau buku dari UK/US 0-1 dan kalau Jepun no 4.

cth:978-0-307-34147-1 Paper Quilt

978-1-4027-3353-6 Memorabilia Quilts

978-4-8347-5672-2 Fabulous Gift-Wrapping Ideas

Bahagian III: Identiti Penerbit- memberi identiti kepada satu penerbit dalam sesebuah negara. Kalau biasa beli buku dari penerbit yang sama kita dah boleh agak siapa penerbitnya melalui nombor ini.

Bahagian IV: Identiti Judul-memberi identiti kepada sesuatu judul buku.

Bahagian V: Angka Kawalan- Ini merupakan angka tunggal. Ia mengawal secara automatik ketepatan nombor ISBN oleh sistem ISBN.

Kalau untuk buku, ISBN manakala untuk majalah, jurnal atau laporan tahunan dikenal sebagai International Standard Serial Number (ISSN)

DIdahului dengan perkataan ISSN (huruf besar) diikuti olah 2 kumpulan nombor empat angka yang diasingkan dengan sengkang di tengah

ISSN 1823 - 7037

Identiti Identiti

Negara Judul

1823 – Negara Malaysia

7037-Feminin & Famili


Sumber: Brosur PNM

Sunday, February 27, 2011

Sambal Segera


Sambal pecal ni memang jadi favourite. Lebih 10 tahun dah makan, dari plastik biasa sampailah dah lawa packagingnya ni. Senang je buatnya, campur air, lepastu gaulkan dengan pucuk ubi, kacang panjang, kubis, tempe, tauhu, tauge dan macam-macam lagilah. Kalau siapa yang jenis tak makan sayur, elok sangat buat pecal sebab mesti makan semuanya. Paling simple sekali timun cicah ngan sambal pecal ni atau sengkuang.

Baru-baru ni pula baru perasan adalah pulak sambal kacang ketupat dan satay. Ada keluaran baru rupanya. Rupanya pun nak sama. Kena tengok betul-betul sebelum beli. Senang gak buatnya. Tumis bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan sebiji bawang. Lepastu masukkan air dan masukkan sambal ni. Masakan ibu mestilah lagi sedap tapi untuk orang yang tak pandai masak macam saya, bolehlah guna sambal ni. Confirm orang ramai kagum. Warnanya cantik dan rasanya sedap juga walaupun mula-mula rasa macam sambal pecal je tapi bila makan, nak lagi.. dan lagi...hehe....Sesuai dijadikan buah tangan bila menziarah orang.

Saturday, February 26, 2011

Bengkang Roti

Resepi Pah ni. Resepi orang dulu-dulu kan suka pakai agak-agak je. Tu yang susah bila kita yang biasa menimbang ni. Belasahlah jugak lah nampak gayanya. Kalau rotinya dah hampir expired tapi masih banyak lagi, bolehlah dikitar semula jadi resepi ni. Dulu masa bebudak tak makan kulit roti, keras..eksen...maklumlah Roti Kangsar je..so mak akan guna kulit roti tu buat resepi ni.

BEHIND THE SCENE

Susu pekat campur dengan air tapi dalam peti ais ada susu cair gak so campur je dua-dua susu ni. Lepas tu koyak-koyakkan roti. Ada balance 6 keping lagi. Rendamkannya sampai agak kembang. Agak-agaklah roti dan susu tu bagi seimbang tenggelamnya. Kalau rasa tak manis campurlah gula sikit.


Dah agak kembang, masuk telur dalam 2 biji. Esen vanilla sikit. Kalau nampak macam cair, taruh tepung dalam 3 sudu besar bagi pekat sikit. Siap. Masuk dalam loyang yang sudah disapu majerin dan taburlah apa-apa kat atas tu bagi menarik sikit. Saya tabur kismis dan coklat yang telah diparut. Bakar 160 C selama setengah jam atau dah nampak kuning atasnya.


Masa kat KL bila cakap bengkang, kawan yang anak jati KL tu tak faham la pulak siap gelak lagi, dia panggil bingka.

Bengkang/Bingka – sj kuih yang diperbuat daripada campuran tepung beras atau tepung gandum dsb dengan santan, gula dan dibakar.

Terminal bersepadu

Terminal bersepadu seperti KL Sentral atau Terminal Bersepadu Selatan (TBS) memudahkan orang ramai mengunakan pengangkutan awam yang  menya...