Jom jalan jalan ... makan-makan ... buat sesuatu yang baru ... kembangkan minda ... macam-macam rupanya yang ada di sekeliling kita.
Friday, May 27, 2011
Super Junior-M
Super Junior ataupun nama pendeknya SuJu dari Korea ni memang ramai ahlinya, 13 orang. Rasanya memang teramai dari mana-mana kumpulan kat dunia ni. Dalam SuJu ni pulak ada kumpulan-kumpulan kecil seperti Super Junior Happy, Super Junior Kry yang nyanyi lagu-lagu balada, Super Junior-M, target untuk pasaran Mandarin pop di mana 2 anggotanya dari China, dan Super Junior Trot. Baru je datang Malaysia bulan lepas. Kali ni bersempena Himpunan Sejuta Belia Putrajaya 2011 Suju-M datang buat persembahan. Peminat-peminat setia mesti ramai yang datang ni lagipun free. Peminatnya dipanggil ELF- Ever Lasting Friend.
Terdapat 220 acara menarik di Putrajaya, pameran hartanah, perhiasan, komputer, pelaburan dan peluang pekerjaan. Sepupu dari Ipoh pun dah turun Putrajaya, fuhh ramailah nanti, dengar cerita, pagi tadi pun dah sesak.
Thursday, May 26, 2011
International Cocoa, Coffee & Consumer Show 20-22 Mei 2011
Boleh juga digunakan untuk nasi goreng, bihun goreng, mi goreng dan masakan berlauk.
Wednesday, May 25, 2011
Menarik di kenduri kahwin
Bunga penanggah/rossete biasanya menandakan wakil pihak yang buat majlis. Tapi kali ni digantikan dengan lencana. Pakai ni bukannya saja-saja malah menandakan tanggungjawab untuk melaksanakan kerja yang telah dijadualkan. Biasanya dalam seminggu sebelum majlis dah ada senarai tugas, menyambut jemputan(pak & mak saudara), bunga telur (remaja-remaja-maksudnya saya termasuk jugalah tu oh i loike), pengangkutan(sepupu lelaki) dan tugas-tugas lain untuk memastikan semuanya lancar. Semuanya secara sukarela.
Biasanya kalau majlis di hotel ada tayangan video mengenai biodata pengantin tetapi kali ini biodatanya diletak di setiap meja seperti kalendar meja. Jadi sambil makan bolehlah kenal pengantin tu.
Majlis di tepi kolam tapi lupa pulak nak tangkap gambar tepi kolam tapi dekorasinya simple dan menarik. Ada booth untuk tangkap gambar pengantin/family, ruang untuk wish pengantin dan perincian-perincian yang lain. Congratz Simply Cipta Bridal.
Si kecil ni pakai badge ni bermaksud wakil pihak perempuan ... kalau hilang, sila letak budak ni kat kaunter pengumuman. Taulah tuan rumah ni nak hantar balik kat siapa. Tugasnya jugak untuk keceriaan majlis. Apalah meriahnya majlis tanpa budak-budak ye tak.
Next, Kajang
Thursday, May 19, 2011
Kongsi
Tengok Di Sebalik Tabir haritu, best jugak cerita ni, ada lawak campur aksi. Saya suka cerita Jacky Chan yang biasanya ada lawak dan aksi. Bila ada orang ajak tengok, apalagi on je. Secara keseluruhannya, biasa aje sebenarnya. Semua yang kelakar tu dah tunjuk kat trailer so macam dah tahu le camne ceritanya. Tapi best tengok Shaheizy Sam kecek Kelate dan Thai. Nasib baik kawe pehe sebab ex-housemate kawe ore Kelate.
Cakap Thai pun best sebab bunyi dia lembut dan ada macam nada-nada sikit. Kalau marah pun bunyi lembut je. Masa kelas Thai dulu, yang susahnya nak ikut nadanya tu. Lebih kurang sama macam bahasa Mandarin tapi dia ada 5 jenis nada. Kalau tulisan senang sikit sebab dia ada huruf konsonan dan vokal.
Kalau hafal je hurufnya bolehlah eja atau tulis. Dulu-dulu tulis diari dalam bahasa Thai sebab tak nak orang baca hehehe. Eja BM guna tulisan Thai pastu bolehlah letak kata mana-mana tak payah nak sorok. Kelakar pulak bila ingat balik, ntah mana la campak my dear diary tu.
Oh hari ini J Card Member Day, taklah rugi sangat jalan jauh nak tengok wayang, sekurang-kurangnya dapat juga beli something yang menggembirakan hati.
Poket dah kering, camne nak pi KL sok ni. Huk aloh!
Wednesday, May 18, 2011
Kompilasi Dapur Si Kecil
Tajuk:Kompilasi Dapur Si Kecil
Terbitan: Alaf 21 – Cetakan 1, 2011
Harga:RM7.00
Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Dapur Si Kecil
ISBN 978-983-124-651-1
1.Cooking--Juvenile Literature
641.5123
Sinopsis:
Hadiahkan anak-anak pengalaman menarik di dapur. Ajarlah mereka untuk menyediakan sendiri menu kegemaran mereka. Sudah tentu waktu yang dihabiskan bersama akan menjadi momen indah untuk mereka kenang apabila dewasa nanti. Mulakan dengan resepi mudah dan cepat disediakan. Jadikan buku Kompilasi Dapur Si Kecil ini sebagai ‘teman’ akrab anda dan anak. Menghimpunkan 30 resepi daripada majalah Pa&Ma, kaedah menyediakan menu menjadi lebih mudah melalui paparan konsep langkah demi langkah. Malah, resepi yang dikongsi juga enak dan pasti dapat memenuhi selera anda sekeluarga.
Komen:
Muka surat berwarna-warni dan tulisan pun sesuai untuk budak-budak. Gambar bahan-bahan pun jelas, senanglah nak tengok bahan apa yang digunakan. Ada ruangan info diselitkan tapi rasanya budak-budak tak baca ni. Tapi mak bapak boleh terangkan pada anak-anak khasiat bahan-bahan tersebut. Antara yang menarik, resepi tanah liat coklat, coklat shake, snek lazat, yee sang dan roti bawang putih. Makin lama tengok buku ni, rasa tak jadi bagi pulak, Mak Uda pun tak reti masak ... boleh tak nak jadi buruk siku ... erkk!