Thursday, May 5, 2011

The Charity Tulip Sale 2011


Hari ibu biasanya jatuh pada hari Ahad minggu kedua setiap bulan Mei. Bermakna 8 Mei ni Hari Ibu. Biasanya saya pergi ke Charity Tulip Sale. Tapi tahun ni tak dapatlah beli bunga tulip ni. Sesiapa yang berminat nak beli, boleh datang memeriahkan majlis, membeli sambil menderma. Bukan sahaja untuk ibu tapi untuk isteri atau makcik-makcik. Bunga diterbangkan khas dari Belanda oleh KLM-Royal Dutch Airlines.

Sumbangan derma akan diberikan kepada Tabung Kanser Kanak-kanak, Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Tempat: Concourse Level, Sungei Wang Plaza

Tarikh: 7 Mei 2011 (Sabtu)

Walaupun dia kata mula pukul 11. Orang dah mula berbaris sebelum tu lagi dah. Jadi sila datang awal.


No comments: