Wednesday, May 18, 2011

Kompilasi Dapur Si Kecil

Buku ni beli di Pesta Buku untuk anak saudara. Bila tengok Junior Master Chef Australia, fuyoo tabik kat bebudak tu pandai memasak. Konon-konon bagi buku ni nak melatih anak saudara ni pandai masaklah. Resepi dalam ni pun mudah je, buat salad, buat air, dan mengajar macam mana nak menyedia dan menghias hidangan. Bolehlah dia menghargai makanan.


Tajuk:Kompilasi Dapur Si Kecil

Terbitan: Alaf 21 – Cetakan 1, 2011

Harga:RM7.00

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Dapur Si Kecil

ISBN 978-983-124-651-1

1.Cooking--Juvenile Literature

641.5123

Sinopsis:

Hadiahkan anak-anak pengalaman menarik di dapur. Ajarlah mereka untuk menyediakan sendiri menu kegemaran mereka. Sudah tentu waktu yang dihabiskan bersama akan menjadi momen indah untuk mereka kenang apabila dewasa nanti. Mulakan dengan resepi mudah dan cepat disediakan. Jadikan buku Kompilasi Dapur Si Kecil ini sebagai ‘teman’ akrab anda dan anak. Menghimpunkan 30 resepi daripada majalah Pa&Ma, kaedah menyediakan menu menjadi lebih mudah melalui paparan konsep langkah demi langkah. Malah, resepi yang dikongsi juga enak dan pasti dapat memenuhi selera anda sekeluarga.

Komen:

Muka surat berwarna-warni dan tulisan pun sesuai untuk budak-budak. Gambar bahan-bahan pun jelas, senanglah nak tengok bahan apa yang digunakan. Ada ruangan info diselitkan tapi rasanya budak-budak tak baca ni. Tapi mak bapak boleh terangkan pada anak-anak khasiat bahan-bahan tersebut. Antara yang menarik, resepi tanah liat coklat, coklat shake, snek lazat, yee sang dan roti bawang putih. Makin lama tengok buku ni, rasa tak jadi bagi pulak, Mak Uda pun tak reti masak ... boleh tak nak jadi buruk siku ... erkk!

No comments: