Sunday, July 31, 2011

Makan-makan sebelum menyambut puasa

Sesiapa yang lalu lebuh raya PLUS dari KL ke utara biasanya akan nampak bangunan tinggi ni di sebelah kiri. Selalu juga tertanya-tanya bangunan apa ni sebab memang satu tu je ada kat situ. Tapi baru-baru ni mak cik dan pak cik bawa bersarapan di sini. Memang nampak sepi kat sini. Bangunan ni namanya Perak Techno-Trade Centre(PTTC). Kawasan MSC.


Kafe ni terletak di dalam PTTC di bahagian bawah. Hiasan ala-ala hotel.
Pagi-pagi dah ada pulut durian. Makanan dihidangkan secara bufet tetapi boleh juga tempah secara ala carte cuma lambat sikitla pagi-pagi ni.

Bersarapan dengan makanan barat. Dah ada orang nak belanja, kan.
Menu pilihan, Chicken Mushroom. Sedap. Saya memang suka western food. Alhamdulillah, kenyang sangat sampai skip lunch.

Selamat berpuasa semuanya. Semoga Ramadan kali ni berjaya merebut ganjaran-ganjaran yang telah disediakan.

2 comments:

Cendana Kasih said...

fuiyoooo...pepagi breakfast western...udah rope ciken chop jer...

Happy Ramadhan al Mubarak !!

zarina said...

Adik beradik chicken chop, kuah lain je. Selamat Berpuasa Noorma :)