Wednesday, November 23, 2011

2PM

Tengok orang yang minat K-Pop ni kadang-kadang tak tau nak sembang apa, kan, so nak cerita sikit pasal 2pm yang akan datang Malaysia ni. Sekurang-kurangnya ibu-ibu, kakak-kakak, bolehlah menyampuk bila derang bercerita pasal ni untuk merapatkan jurang.

2pm di bawah label syarikat JYP. Sama dengan kumpulan Wonder Girl yang popular dengan lagu Nobody nobody tu. Bos JYP ni berhasrat nak tubuhkan kumpulan yang berdasarkan 1 hari so jadilah 2am yang nyanyi lagu balada dan 2pm yang nyanyi lagu rancak.

Pada asalnya dalam 2pm ada 7 orang ahli tapi tinggal 6 orang kerana ada kontroversi. Jaeboom yang merupakan ketua kumpulan disingkirkan. Kisahnya, dia ni buat komen kat laman Myspace bahawa dia tak sukakan Korea. Jadi ramailah peminat yang mengkritiknya kerana tak patut cakap macam tu. Bagus jati diri orang Korea ni, semangat cintakan negara. Tapi setelah reda kontroversi tu barulah dapat tau sebenarnya Jaeboom tu buat kenyataan macam tu sebab masa tu dia tengah training dan orang salah tafsir kenyataan dia tu. Sekarang ni dia bergerak solo dan popular juga dan kini dikenali sebagai Jay Park.

Pertama kali 2pm datang ke Malaysia ni dan peminatnya memang tak sabar-sabar sangat dah. Peminat 2pm digelar Hottest. Konsert 2pm Hands Up Asia Tour Live Malaysia 2011 akan diadakan di Stadium Negara 25 Nov. Tiket paling mahal RM638 dan paling murah RM188.


Di 8TV, Sabtu 6.30 ada tayang cerita yang dilakonkan oleh ahli 2pm, Dream High tapi bukan semua yang berlakon, Taecyeon dan Wooyoung je. Antara ahli yang popular dalam 2pm, Nickhun yang berasal dari Thailand. Popular sebab dia handsome. Junho digelar juga sebagai Maharaja dan Taecyeon dipanggil Ok Cat sebab suka kucing.

Dalam setiap konsert, peminat-peminat akan tunjukkan sokongannya pada ahli yang digemarinya dengan memakai apa-apa yang boleh menggambarkan personaliti ahli tersebut.



Mesti ada yang bosan sana-sini cerita pasal Korea je tapi bagi peminat ‘kipas berani mati’ ia memberi impak positif dengan bekerja keras untuk kumpul duit sebab nak beli saluran Astro Beyond sebab dalam tu ada saluran khas Korea. Malah aim nak pergi Korea sebab terpengaruh dengan cerita Korea. Mesti nak pergi lokasi filem Winter Sonata atau kalau boleh tengok rumah Full House tu dari dekat. Malah sangat teruja untuk belajar bahasa Korea. Harap-harap derang ni pun mempunyai semangat kerja yang tinggi dan jati diri macam rakyat Korea (Dasar Pandang Ke Timur masih relevan).

Jangan risau, ‘kegilaan’ derang ni sama macam zaman dulu-dulu masa Backstreet Boys dan New Kids On The Block. Siap hafal step tarian lagi dan mengaku yang ni Mrs Knight, Mrs Mcintyre. Kalau tempatan pula, nama sendiri akan bertukar jadi Black, Kid dan Awie. Zaman ada video juga, rajin benor menyewa tape konsert BSB dan NKOTB ni dan record apa-apa yang tayang kat tv. Kelakarnya, taruh button badge kat beg sekolah lagi sebagai tanda sokongan. Alamak bunyi macam tua je rasanya. Aiseh.

Zaman sekarang, google sahaja semua cerita keluar, siap boleh tweet lagi dengan artis kegemaran walaupun dia tak pernah reply tweet. Kita ikut sahajalah gelombang K-pop ni. Lama-lama rasa keterujaan tu akan hilang dengan tiba-tiba. Layan lagu ni, antara kegemaran saya:

Friday, November 18, 2011

Melancong ke kedai buku

Cuti sekolah dah mula, tentu ramai yang dah ada rancangan nak pergi jalan-jalan sama ada dalam negara atau luar negara. Sambil tu bolehlah ambil kesempatan tengok kedai buku kat sana. Saya suka cari buku kraf. Masa pergi Medan dulu, wah memang best, buku masak, buku kait, buat bunga stokin dan macam-macam lagilah, memang lainlah dari yang dekat Malaysia. Dahlah macam-macam, murah pulak tu, leka memilih tapi memandangkan sedar diri bagasi tu dah hampir melebihi had, idak le beli banyak, cari buku yang nipis-nipis je.

Masa dekat Brunei takde buku kraf yang keluaran sana, banyaknya pun buku dari Malaysia jugak. Jadi tak beli apa-apa. Masa dekat Hong Kong pun tak banyak buku kraf, melawat satu kedai saja dekat Times Square. Di Singapore nampak MPH masa naik MRT, ingat nak singgah lepas balik dari tengok Fountain of Wealth, rupa-rupanya dah tutup masa balik tu. Tak sempat la pergi. Kalau di Thailand pun banyak buku kraf keluaran sana, tapi tak berkesempatan pergi lagi. Cuma dapat hadiah dari sana sahaja. Kalau pergi Jepun agaknya mesti banyak buku patchwork, kait atau origami sebab dulu-dulu banyak beli bukunya bahasa Jepun. Kena tunggu orang bagi hadiah dari sanalah nampaknya.

Mak beli di US. Biasalah kat sana jahit tampal cantum memang banyak.

Yong hadiahkan, dari Thailand. -pabtanbaht- tak tau maksudnya tapi hiasan lipat-lipat duit, memang sepenuhnya bahasa Thai tapi tak jadi masalah sebab tengok gambar je. Sesuai, kan untuk nak buat hantaran?

Mak beri, hadiah dari Taiwan tapi buku Jepun. Clay.

Yong hadiahkan untuk mak, dari Thailand. American Quilt oleh Masako Wakayama. Menarik, ada langkah demi langkah dan template sekali. Istimewanya kedai buku ni siap dia balutkan plastik lagi lepas kita bayar. Jadi tak payahlah kita nak balut-balut lagi ... sebenarnya masa dulu-dulu je yang rajin membalut takut buku rosak... hehehe.. sekarang dah malas.


Beli di Medan, siap langkah demi langkah lagi tapi tak pernahnya jadi bila buat. Itulah dinamakan takde kreativiti menghias kek. It's too complicated to me. Tengok gambar je cukuplah at least tahu macam mana kek tu boleh jadi cantik macam ni.

Monday, November 14, 2011

Lepak-lepak kedai buku

Dah datang e@curve tak sah kalau tak pergi Borders. Saya bukanlah ulat buku, buku tahun lepas pun tak habis baca lagi tapi suasana kedai buku yang tenang tu menarik-narik perhatian untuk duduk dalam tu. Kedai buku yang besar macam borders, mph, popular, kinokuniya(cam konpius nak eja), times, Xcess, memang mendamaikan hati je.

Kita boleh duduk sambil tengok buku mana yang menarik perhatian. Walaupun tak beli, kita tengok-tengok sahaja pun tak menjadi hal, suruh je dia buka plastik tu. Bukannya macam sesetengah kedai buku yang kecil tu, nak tengok pun tak boleh. Kalau RM4-5 bolehlah beli terus tapi kalau dah RM20 ke atas tu, kenalah tengok isi dalamnya best ke tak. Memanglah derang rugi kalau habis buku tu lunyai akibat orang belek-belek tapi kalau tak bagi tengok lagilah kebarangkalian orang nak beli tu tak ada, betul tak? At least kalau kita dapat tengok best ke tak dalam tu, barulah puas hati nak beli.

Kalau dekat Borders dia ada satu sudut bargain. Setiap minggu(kalau tak silap) bukunya akan bertukar dan memang murah. Masa baru-baru Borders buka dulu, memang banyak buku kat ruangan bargain, tapi makin lama, sikit je buku yang ditawarkan. Saya mengalami masalah, rugi kalau dah masuk kedai buku tapi tak beli apa-apa. Ada ciri-ciri shopaholic? Maybe?? Huhuhu. Kalau kedai lain, boleh tahan rasa nak membeli tu..tapi kedai buku tak boleh. Beli majalah pun jadilah.

Suka beli benda-benda yang ada aktiviti ni. Mungkin sebenarnya saya sesuai jadi cikgu tadika???

Percutian satu hari di KL yang sungguh bermanfaat kerana dapat merasa bangkit cheese yang sungguh sedap, tak cukup satu balang. Dapat kain perca lagi untuk mak dan merasa cranberry white choc, yummy. Thanks dan semoga murah rezeki semuanya.




Terminal bersepadu

Terminal bersepadu seperti KL Sentral atau Terminal Bersepadu Selatan (TBS) memudahkan orang ramai mengunakan pengangkutan awam yang  menya...