Wednesday, November 2, 2011

Rezeki

Majalah ni agak baru di pasaran. Ni keluaran yang ke-5. Sesuai untuk orang yang minat berniaga kerana banyak artikel-artikel yang memberi inspirasi. Layout cantik dan kemas, senang je nak baca. Berpadananlah dengan harganya RM7.50. Majalah sekarang semuanya RM 5 ke atas. Kopaklah kalau beli semua. Kena buat pilihan yang bijak iaitu ........ dengan pinjam daripada orang lain ... hehehe. Penerbit-penerbit jangan marah ek. Kalau dah jadi peminat setia confirm tiap-tiap bulan beli. Sekarang ni majalah Rezeki ada buat promosi jualan, hanya RM35 untuk 6 edisi Rezeki, harga asal RM45. Sila rujuk di sini.

Antara artikel yang menarik, analogi Israk dan Mikraj dengan internet, Kerjayaku-hantar gambar foto meja kerja anda dan artikel Benarkah media sosial boleh melariskan jualan? Tak kurang menarik juga peraduan T-shirt Rezeki percuma. Awal-awal lagi dah hantar penyertaan. Harap-harap sampailah t-shirt ni ke rumah nanti yang Mr Editor. Ahaks!

No comments: