Friday, December 16, 2011

Bekas Pensel Buatan Tangan

Cuti sekolah, anak saudara balik kampung bercuti rumah tuk dan opahnya. Tahun depan naik tingkatan 1. Sebagai mak saudara yang prihatin, tanyalah dia apa lagi yang tak beli, bukan sebab nak tolong belikan ... saja menanya hehehe. Dia kata pencil box tak ada lagi. Tiba-tiba terpacul kat mulut, tak payah belilah, kita buat sendiri nak? Seronok betul dia. Dalam kepala ni dah bayangkan nak ajar dia silang pangkah (cross-stitch). Rupa-rupanya kat sekolah memang dah ajar asas menjahitnya. Senang sikit kerja, yang ni suruh dia cari gambar sendiri dan benang sendiri. Kemudian ajar macam mana nak baca pelan gambar tu. Punyalah teruja nak siapkan cepat, sambil baring pun dia boleh jahit.

Memandangkan minggu lepas agak sibuk dan dia pun seminggu je kat sini, memang tak sempat siaplah. Janji dengan dia nanti Mak Uda pos. Sebelum ni rasanya kacang je kalau nak buat, sekali bila nak taruh zip segala..wah susahnya nak jadikan bekas pensel. Kainnya kan lubang-lubang, macam mana nak jahit. Terpaksalah minta bantuan Opah. Mak Uda pun dah blur. Tu lah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...ha tanggung sendiri. Ce kalau tak berjanji nak buat sendiri, senang je boleh beli.


Jahit manik supaya nampak tersendiri

Gigih Mak Uda siapkan ni. Teringat kawan pernah cakap, dia dengar dalam satu motivasi, ibu bapa jangan mudah berjanji pada anak kemudian tak tunaikan, nanti lama-lama akan terbentuk tabiat dalam diri anak tu untuk sentiasa bercakap tidak jujur. Walaupun hanya mak saudara, kita pun berperanan untuk membentuk peribadinya juga, kan.


Akhirnya siap juga. Oklah tu pertama kali buat ni. Buat bekas pensel besar supaya senang nak taruh macam-macam peralatan.


Sebelum ni mak pernah buatkan bekas pensel untuk kami. Stylo. Fesyen macam ni tapi warna lain-lain. Dah naik menengah atas dah pandai bergaya, tak nak pakai bekas pensel yang sama je, walaupun benda tu elok lagi. Berlagak! Semoga belajar rajin-rajin Yasmin.


No comments: