Thursday, January 26, 2012

Making Out in Chinese

Buku ni agak daif sebab kena banjir sebelum ni. Mujurlah balut, selamat sikit dari hancur terus. Ingat lagi masa tu, orang lain jemur baju, saya jemur buku-buku. Kesan lumpur tak boleh hilang. Kenangan.

Tajuk: Making Out In Chinese

Penulis: Ray Daniels

Penerbit: Yenbooks, Tokyo, Cetakan Kelima 1998

ISBN: 4-900737-13-5

Harga:RM 21.00

Halaman: 88 m/s

Sinopsis:

Making out in Chinese has been especially written to teach you what all the regular Chinese textbooks don’t. In no time, you’ll master everything from friendly chitchat to cuddly courtship remarks, from gentle put-downs to verbal abuse. This is the one book certain to bring you to a new level of fluency in conversational Chinese.

Komen:

Buku ni best sebab lain daripada buku bahasa Cina yang lain. Cuma bila dah belajar ikut fonetik yang standard, bila baca buku ni macam celaru sikit jadinya. Dah lama tak pratikkan bahasa ni. Balik-balik yang boleh balas ni hao, wo hen hao, shen me? Hmm sedih!

Dalam buku ni juga ada diterangkan bagaimana wujudnya kalendar Cina yang menggunakan haiwan sebagai lambang. Pada masa dahulu, tiada jam dan kalendar. Rakyat jelata ingin tahu bagaimana nak tentukan masa tapi tidak tahu caranya. Jadi mereka pun berjumpalah dengan Maharaja untuk minta pandangan. Maharaja kata, haiwan dan manusia mempunyai hubungan yang rapat dan namanya senang diingati jadi baginda memilih untuk menggunakan haiwan sebagai simbol. Oleh itu satu pertandingan merentas sungai diadakan.

Pelbagai haiwan datang untuk menyertai. Kucing dan tikus yang ketika itu berkawan baik berbincang sesama mereka cara terbaik untuk menyeberang kerana kedua-duanya tak boleh berenang. Mereka meminta bantuan lembu. Lembu dengan ikhlas hati bersetuju membawa mereka menyeberang.

Perlawanan dimulakan dan lembu perenang terbaik telah mendahului haiwan yang lain. Apabila hampir di garisan penamat, kucing dengan bangganya mengisytiharkan mereka bertiga merupakan yang pertama tetapi tikus mempunyai muslihat dan bersikap pentingkan diri. Dia berniat untuk menjadi yang pertama. Tikus menolak kucing hingga jatuh ke dalam sungai lalu melompat ke belakang telinga lembu. Lembu tidak sedar akan kejadian itu. Sebaik sahaja sampai ke tebing, tikus melompat dan berlari ke garisan penamat diikuti lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi.

Arnab tidak boleh berenang tapi dia melompat di atas kepala haiwan yang lain. Naga sepatutnya mendapat nombor yang terbaik kalau diikutkan personalitinya yang gagah. Tapi oleh kerana sebelum ini dia ‘membuat’ petir dan guruh di syurga, dan dengan tidak sengaja terbuat bunyi yang kuat sangat sehingga dia jadi pekak. Masa perlawanan tu, dia tak dengar bunyi hon, jadi dia mula lambat.

Ular sebelum ini mempunyai kaki. Untuk mengalahkan kuda dia menakutkan kuda dan menerpa ke depan. Malangnya dia berlari terlalu laju sampai patah kakinya. Itulah sebabnya ular menyusur sekarang ni. Panjang lagi ceritanya, bagaimana muka arnab jadi panjang, kenapa tikus duduk dalam gelap, penglihatan kambing yang rosak, ayam yang dulunya berkaki 4 tinggal 2 dan kenapa babi paling akhir sampai. Sesiapa yang nak tahu sila baca buku ni.

Ceritanya kelakar, tapi ia membantu saya untuk mengingati turutan haiwan ini dalam kalendar Cina.

GONG XI FA CAI!

Monday, January 16, 2012

Janggus & Gajus

Sama makna lain bunyinya. Sejenis pokok yang buahnya berbiji di luar. Di belah-belah Kedah, Perlis, dan Pulau Pinang juga rasanya biasanya panggil janggus. Sampai ke Perak jadilah Gangjus.. eh tak tak...itu saya je.. selalu tersalah nak sebut sebab dua-dua perkataan ni selalu dengar. Jadi selalu terkonpius.

Dulu-dulu memang tak suka makan gajus ni, antara kekacang yang tak sedap. Kalau dalam biskut raya yang hiasannya gajus ni selalunya kurang makan tapi kalau dah kecil-kecil makanlah. Tup tup tup masa pergi Langkawi bulan 9,2011 mak beli gajus panggang ni sajalah cuba nak rasa. Isy isy isy, sedapnya. Rasa lemak masin. Sudahnya orang lain yang beli orang lain yang habiskan hehehe. Kudapan sesuai sepanjang masa, tapi tak boleh makan banyak sekali gus sakit perut nanti. Lagipun kenalah jimat-jimat makan, jauh tu kalau nak pergi beli.

Masa pergi Padang Besar, bulan 11,2011, beli lagi. Huisy lagi sedap, rasa macam makan sate ayam. Wah camne tu boleh jadi macam tu. Nyesal beli sepeket.

Masa pergi Langkawi, bulan12,2011. Beli 3 peket lain-lain jenis cara masakannya. Belajar daripada pengalaman. Gajus yang campur mentega lebih sedap daripada gajus yang taruh lenga dan gajus bakar yang plain sahaja. Yang taruh lenga tu telah mengubah rasa gajus, rasa macam apa ek namanya yang ada lenga je tu..gula tarik ke?? lupa. Tapi memang takde rasa gajus langsung. Wah cerita gajus je dah panjang!! Nyum nyum!!

Thursday, January 12, 2012

Kuih –Muih Utara

Tajuk: Kuih-Muih Utara

Penulis: Zakiah Hanum

Penerbit: Berita Publishing Sdn Bhd, Cetakan Pertama 1992

ISBN: 967-969-399-6

Harga:RM 24.50

Sinopsis: Mengetengahkan kuih-muih yang popular di utara, ada di antaranya terdapat hanya di utara manakala selainnya terdapat di negeri-negeri lain juga tetapi dibuat dengan cara yang berbeza atau diberi nama yang berlainan. Setiap resepi mempunyai cerita atau anekdotnya sendiri. Kisah-kisah yang dilalui Zakiah bersama keluarganya begitu menarik, kerapkali mengandungi perkara-perkara yang mencuitkan hati. Resepi-resepi ini telah diwarisi turun-temurun dan merupakan kuih-muih yang kerap disediakan untuk dinikmati oleh keluarga.

Komen: Dato’ Zakiah Hanum, orang kuat Arkib Negara, memang terkenal suatu waktu dahulu dan jasanya memang masih diingati. Saya dah baca buku ni sejak tahun 90-an lagi. Buku resepi pun kena ‘baca’?? Itulah keistimewaan buku ni. Saya baca halaman demi halaman sebab di dalamnya ada anekdot (kisah yang ringkas dan biasanya agak lucu tentang sesuatu peristiwa) tentang kuih tu. Saya rasa, saya pun banyak terpengaruh dengan buku ni sebab setiap apa yang saya masak pun ada ceritanya. Walaupun buku ni selalu dibelek, yang masaknya satu kuih tu jugak hehehe apam betawi. Dalam ni semua resepi tradisional, mak dah pandai buat, tak payah tengok buku pun. Tu la pasal, saja suka membeli.

Ramadan tahun lepas masa pak cik datang rumah, hidangkan apam polkadot. Lepas tu mulalah buka cerita, Opah dulu selalu buat apam Baghdad yang macam bahulu sebab taruh banyak telur. Sekali bapak pulak menyampuk, tu namanya apam Siam. Mak saya pula cakap, apam Betawi. Lor apam yang sama tapi banyak nama... dari Baghad ke Siam ke Betawi la pulak. Sama seperti apa yang ditulis Dato Zakiah Hanum dalam anekdotnya:

Saya masih belum dapat mencari jawapannya mengapa kuih ini disebut apom ‘Betawi’ di Kedah dan apam ‘Siam’ di Selangor, sedangkan nama kedua-dua tempat yang digunakan berjauhan letaknya. Betawi ialah nama lama bagi Jakarta dan sudah pasti apom Betawi ini telah lama wujud.

Bahan-bahannya senang sahaja:

Apom Betawi

600 gram tepung gandum

10 biji telur

600 gram gula

1 camca teh serbuk penaik

Pewarna kuning secukupnya

Pukul telur dengan gula hingga naik.Masukkan serbuk penaik. Goreng tepung gandum tanpa minyak hingga kering (sangai). Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit ke dalam adunan telur. Masukkan pewarna kuning. Jerang pengukus atau pelengat. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus hingga masak.


Bagi yang rajin, masa kukus tu letaklah kain ke, aluminium foil ke kat penutupnya supaya tak kena air wap kat kuih. Saya memang suka buat fesyen cam gini, fesyen permukaan bulan...kan cantik tu. Hehehe orang malas memang pandai cari alasan. Biasa buat setengah bancuhan je. Boleh jugak 2,3 hari makan.

Potong biar berseni sikit