Sunday, September 30, 2012

Kit Perjalanan (Travel Kit)

Kit perjalanan biasanya bentuk yang mudah dibawa untuk memudahkan perjalanan macam bekas-bekas kecil untuk letak syampu, krim mandian, ubat gigi dalam pek kecil, manicure kit dan alat jahitan dalam bekas kecil. Ada juga yang dwifungsi misalnya selimut dan bantal 2 dalam 1. Contohnya selimut baby ni yang boleh jadi bantal atau playing mat. Sebenarnya nak bagi hadiah untuk baby baru lahir, tapi punyalah bertangguh buat, sampai 4 tahun baru siap. Sikit lagi nak jadi macam projek rumah terbengkalai. Tapi banggalah juga jahit tangan sepenuhnya.
Nama ni siap waktu dia berumur seminggu. Silang pangkah dengan siap ada tapak kaki kucing lagi. Biasalah budak-budak kena ada nama, biar dia tau eja nama dia sendiri nanti. Hak milik kekal.

Seekor beruang ni siap waktu dia berumur setahun. Waduh-waduh tetiba macam-macam kerja nak kena siapkan, terpaksalah tangguh.
Tiga ekor beruang siap masa umur 3 tahun. Tangguh lagi.
Sepatutnya ada 6 ekor beruang, takut pulak nanti bila budak ni masuk sekolah baru siap, selimut pun dah tak muat saiz jadi ambil jalan mudah, taruh gambar cup cake ni guna kain felt. Tak sampai 2 jam pun boleh siap.

Lapik bawah beli di ikea, selimut ni RM12 rasanya, dapat potong 4, untung juga boleh buat selimut lain.
Paling rumit sekali nak pasang zip biar selimut dilipat jadi bantal. Nasib baik menjadi walaupun jenuh mengkaji.
Happy birthday september boy

2 comments:

Cendana Kasih said...

macam muka mak ko !! hehe

zarina said...

Time dia serius memang nampak macam muka opah