Tuesday, October 2, 2012

Resepi atau Resipi


Sekali pandang memang nampak sama tapi ejaan sebenarnya adalah Resipi. Setelah sekian lama beli dan tengok buku resipi, saya baru perasan kesalahan ejaan yang biasa saya gunakan. Kita biasa mengeja perkataan mengikut sebutan, jadi biasa memang sebut re-se-pi tu pasallah eja sebegitu. Cuma perasan kesalahan bila tengok buku Bukan Sekadar Resipi .. “eh macam salah eja je” terus tengok kamus, ejaan resepi tak jumpa  tapi yang ada resep (perkataan Indonesia Belanda yang bermaksud keterangan berkenaan ramuan-ramuan dan cara memasak sesuatu makanan.. cari cari lagi ohh re-si-pi  (BI  - recipe).  

Bila benda dah jadi kebiasaan, ambil masa la nak membiasakannya. Misalnya, dulu masa tengok cerita Cina, sarikatanya tulis ‘berhambus’-bahasa percakapan untuk pergilah, nyahlah. Punyalah gelak, mesti salah translate ni, kalau cerita Cina, penggunaan kata ganti nama diri pun selalu salah(dulu-dululah). Tapi bila dah 2, 3 cerita pun eja berhambus, baru check kamus. La memang ejaannya begitu. Kata dasarnya ‘hambus’. Sebelum nak gelakkan orang, selidik dulu ya. Konon-konon Melayu kira dah pandailah BM, kadang-kadang ‘terbabas ‘ juga.

Penggunaan ‘i’ dan ‘e’ kadang-kadang mengelirukan. Sama macam ejaan ‘friend’ tiba-tiba datang blur ‘i’ ke ‘e’ dulu. Tapi saya masih ingat dalam rancangan Carta Era yang menemubual kumpulan KRU ketika zaman O  La La rasanya yang memberitahu cara belajar BI dengan mudah. Tak ingat Yusry atau Edry yang cakap, Biar I yang ‘berkawan’ dulu, maksudnya huruf ‘i’ lah dulu untuk ejaan friend. Itulah penangan artis, sampai sekarang boleh ingat, kalaulah Yusry yang mengajar dulu, mesti dah berabuk speaking London sekarang.

*menarik juga sketsa Di Mana Silapnya di Nasional FM pukul 5.30 petang.

No comments: