Monday, December 30, 2013

Mini Malaysia dan Mini Asean, Melaka

Pagi-pagi lagi dah gerak ke Ayer Keroh nak melihat Mini Malaysia. Tiket RM5 dewasa. Buka 9 pagi  hingga 6 petang. Last masuk rasanya zaman sekolah menengah. Kini mengulang kaji semula. 

Pergi hari biasa, antara yang terawal. Kaunter pun tak buka lagi.

Rumah Limas Terengganu.* teringat kuih limas/ limeh bahasa Peraknya. Tepung pelita bahasa bukunya.  Kalau di dalam bahasa Inggeris, Terengganu Five-Roofed House. Kalau check dalam kamus, limas tu atap rumah dll yang tirus ke atas seperti piramid. Makna lain limas tu sejenis timba atau takir yang dibuat daripada daun pisang (upih dll). So memang kuih limas tu tak ada kena-mengena dengan bumbung rumah. Ada dua makna.

Rumah Bumbung Panjang Kelantan

Rumah Bumbung Panjang Negeri Sembilan

Rumah Perak, apalagi bergambar dengan sange (sangai) atau tudung saji. Kesemua rumah diambil mengikut plan asal rumah setiap negeri. Binaannya sama macam masjid Kuala Dhal Kuala Kangsar dan Istana Kenangan.

Dalam tu ada buat pameran pasal sejarah Hang Tuah dan Melaka. Bayaran lain. Cawan ni terkandung wajah Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Syah hantar utusan untuk pinang puteri Hang Li Po. Oleh kerana pada masa tu tak ada kamera, Maharaja Dinasti Ming membekalkan kepada utusan raja cawan teh yang mengandungi wajah Puteri Hang Li Po. 

Bila balik, singgah kedai cenderamata. Lepas tu baru perasan, dekat tiket tulis Mini Malaysia dan Mini
Asean. Mana Mini Aseannya? Ek eleh dah nak keluar baru sedar hehe. Orang di kaunter tu kata tengah rennovate.

Wednesday, December 25, 2013

Melaka River Cruise

Kami sampai di Alor Gajah lewat petang. Kena cari tempat menginap sekarang, kalau malam nanti dah tak nampak jalan. Nampak signboard hotel. Ikut je, masuk kawasan perumahan. Ohhh rumah tu dia jadikan rumah tumpangan. Sewa RM95. Dua katil single, bilik air dalam tapi lokasi macam tak menarik. Jauh dari bandar. Kena pilih dekat bandar so boleh jalan malam.  Ikut je signboard Bandar raya Melaka akhirnya terjumpa Yong An Hotel. RM100 single bed dan queen, air cond, tv, bilik air dalam. Sebelah Petronas so kawasan letak keretanya terang.  Bila dah bayar rupanya deret tu ada 2 lagi hotel, ceh kalau tau, mesti check harga dulu.

Malam tu naik Melaka River Cruise, parking tiket RM2. Tiket cruise RM10 untuk warganegara so kena tunjuk IC. Melintasi Kampung Morten yang dihiasi lampu lip lap lip lap dan bangunan-bangunan yang dilukis gambar-gambar menarik. Rasanya kalau pergi siang mesti tak cantik sangat sebab kita tengok macam-macam tapi bila malam ni pandangan cuma tertumpu kat situ je. Duduk paling hadapan sekali di dalam bot, tak strategik rupanya beberapa kali juga terkena percikan-percikan air, kalau la spec ada wiper, kan senang!! Hehe.  Lepas tu tak boleh dengar pulak apa yang driver bot tu terangkan sebab enjin kuat. Perjalanan lebih kurang 45 minit. Oleh sebab Kampung Morten tu nampak cantik, kami jalan kaki ke sana, ikut Boardwalk untuk melihat lebih dekat dan bergambar. Fuh jauh rupanya!
 

Naik monorail pun kat sini. Boleh beli individual tiket atau pakej

Menunggu bot di hentian ini


Monorail

Model rumah pun comel

Cantik tangganya bunga-bunga


Ada homestay di sini. Biasanya kalau hujung-hujung minggu penuhlah

Homestay lagi.. rate lebih kurang RM140 atau RM160 semalam kalau tak silap

Cantik kan lukisan dia, kalau siang memang tak nampak sangat tapi kalau malam memang nampak 'hidup' so suggest pergi malam untuk lebih menghayati.

Friday, December 20, 2013

Muzium Diraja Seri Menanti


Oleh sebab dah biasa ikut jalan tol, nak ikut jalan kampung ikut mana pun tak tau itulah padahnya bila asyik ikut tol. Ikut Kajang gamaknya so ikut je signboard warna biru yang bermakna jalan lama. Jangan ikut signboard hijau maknanya jalan tol. Dalam perjalanan oh ah oh,  ini tempatnya. Rugi pulak tak tulis tempat-tempat yang dilalui supaya boleh ingat nama-nama tempat untuk akan datang.
  
  Akhirnya sampai di Seremban. Mencari tanda yang menunjukkan kami dah sampai Seremban untuk photoshoot hehe.   Mencari Masjid Negeri. Signboard dah nampak ai tapi bendanya tak jumpa.. berpusing sampai 3 kali pun tak nampak bayangnya.  Signboard warna coklat maknanya tempat menarik/tempat pelancongan. Nampak signboard taman di atas bukit. Terjumpa pula bangunan Perpustakaan Awam Negeri. Tapi macam tak digunakan aje.

 Akhirnya masa nak cari jalan keluar, terjumpa Masjid Negeri. La di sini rupanya, atas bukit dan seakan-akan tersorok dari kesesakan bandar.

Masjid Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus


Muzium Diraja Seri Menanti

Merupakan salah sebuah istana lama. Dibina tahun 1905 dan siap pada 1908. Pembinaannya tidak menggunakan paku. Seni bina empat tingkat mempunyai 99 batang tiang menggunakan kayu cengal. Masuk percuma. Cuma tanda tangan buku pelawat.  Buka kasut. Di dalamnya ada salasilah Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz ibni Almarhum Tunku Munawir serta kerabat diraja.

Institusi rajanya bermula daripada ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung. Pembesar-pembesar negeri yang menjemput dan dirajakan. Berbeza dengan negeri lain yang memakai gelaran Sultan, di Negeri Sembilan dikenali sebagai Yang di Pertuan/Yamtuan.

9 nagari  iaitu Sungei Ujong, Jelebu, Rembau, Jelai, Kelang, Naning, Segamat, Pasir Besar dan Ulu Pahang

Bandar Diraja Seri Menanti

Masjid Diraja Tunku Munawir
Solat di Masjid Diraja Tunku Munawir yang terletak berdekatan Muzium ini sambil tu melawat makam.  Kita dapat melihat susur galur diraja. Kawan seorang ni memang pandai fasal sejarah walaupun dia ngajar BM tapi dia pandai menceritakan kaitan antara raja ni kahwin dengan negeri mana, yang ni nenda kepada sekian-sekian, kagum sungguh.  

Kami makan di Perkampungan Budaya Terachi, apalagi pekena Masak Lomak Cili Api sebelum menuju ke Melaka dan tidur di sana.

Thursday, December 19, 2013

Kembara Puteri Perak

Hehehe tajuk perasan ala-ala kembara Sultan Johor.  Melawat ke Selatan tanah air, bermula dengan Teluk Intan  - KL – Negeri Sembilan – Melaka – Johor. 
 Misi :
 1.Tengok tempat bersejarah seperti muzium dan makam. Murah dan ada yang free. 
 2.Tengok tempat menarik. 
3.Meminimumkan kos tol dengan ikut jalan kampung. 
4.Merasa makanan istimewa di setiap negeri.. Tapi tak berapa berjaya last-last makan makanan biasa gak sebab singgah kedai bila dah lapar so makan apa yang ada.

Dapat merasa pandu kereta hibrid kawan. Keseluruhan perjalanan 1500 km, minyak lebih kurang RM140 je. Bahagi 3 lebih kurang RM50 seorang. Lebih mengagumkan bila isi minyak penuh di Teluk Intan. Sampai KL minyak tak luak pun, pakai kuasa bateri. Fuyoo tapi adalah syarat pemanduannya,  tak lebih 90km/j, tak brek selalu dan ada lagi cara-cara pemanduan berhemah untuk menjimatkan minyak. Tu pasallah kami ikut jalan kampung je. Bersantai-santai sambil tengok apa yang ada di sekeliling.

Kitaorang memang bukan jenis pakai smart phone. Rancang mana nak pergi dengan google dahulu apa tempat yang menarik, lepas tu beli peta, banyak tanya orang dan baca papan tanda sahaja. Bawa GPS pun tak membantu, cari tempat yang nak pergi tapi tak keluar pun, jenis tak reti pakai gamaknya. Kesimpulannya redah sampai sudah. 

Alhamdullillah semuanya selamat. Jauh perjalanan luas pemandangan.
 
Tak pernah tahu ada tempat nama Selekoh di Perak

Tak pernah tahu kat Bagan Datoh  banyak tanam pokok kelapa. Kelas geografi main-main lagi hemmm.

Muzium Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah

Kampung Morten, Melaka. Menarik rumah-rumahnya.

Makam Sultan Mahmud, Kota Tinggi, Johor

Tanjung Piai, Johor.  Penghujung Selatan Tanah Besar Asia

Orang Dari Bandar Diraja Kuala Kangsar melawat ke Bandar Maharani Bandar Diraja, Muar, Johor

Perkampungan Hang Tuah, Melaka

Muzium Tentera Darat di Port Dickson

Makam Almarhum Sultan Abdul Samad, Jugra

Alang-alang dah sampai ke JB, seberang ke Batam.

Thursday, November 28, 2013

Penanda Buku

Merupakan lebihan kain cross stitch yang kecil-kecil. Nak buang begitu sahaja rasa rugilah pulak. Cari corak menarik dalam buku dan hasilnya, bolehlah dibuat penanda buku. Untuk mengelakkan pertambahan kos, border dibuat guna katalog/majalah yang tak pakai dan digam berlapis-lapis biar tebal. 

Biasapun orang tanda  buku guna apa yang ada di sekiling, getah ke, pen ke, pensel ke, ikut dan je tapi kalau pakai ni idakla rosak buku tu. 



Benang pun lebih-lebih punya je.



Monday, November 25, 2013

Pembahagian Tugas Semasa Kenduri Kahwin



Bila majlis kahwin, banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum majlis dan semasa majlis berlangsung. Siapa yang nak merebus telur, masukkan barangan untuk ‘goodie bag’, beri ‘goodie bag’ pada tetamu, buat bunga rampai dan macam-macam lagilah. Bagi yang ramai adik-beradik, setiap orang mempunyai tugas masing-masing supaya majlis sempurna. Jika adik-beradik sikit, saudara-mara diperlukan untuk membantu.

Saudara-mara memang membantu untuk meramaikan dan memeriahkan majlis. Sebelum ini, dalam keluarga saya, kami memang ada senarai tugas dan ditampal di dinding supaya semua maklum. Bagi menyambut tetamu, menyambut pengantin, tabur bunga rampai diserahkan kepada pak dan mak saudara. Bahagian lalu lintas untuk melancarkan tempat letak kereta, kebersihan, PA system diberi kepada sepupu-sepupu lelaki. 

Bahagian ‘goodie bag’ diberi kepada sepupu-sepupu perempuan. Sekarang ni tanpa senarai tugas ni pun  masing-masing dah tahu apa yang perlu dibuat memandangkan siri perkahwinan yang ramai telah ditempuhi. Kalau ada yang culas pun, boleh diarahkan sesiapa sahaja yang nampak di depan mata.  Atas faktor umur, saya layak untuk  tugas memantau sekarang ni hehe, bagi sepupu yang muda je la untuk pemberian goodie bag.


Masjid Zahir Alor Star




               Harap-harap kesepakatan antara kami akan terus berkekalan.

Sunday, November 24, 2013

UTC Perak

Ada hal di Ipoh, macam rugi je bayar tol ulang-alik RM7 hanya satu sebab. So sementara tu singgah UTC. Dulunya bangunan Super Kinta dan memang senang sebab dah biasa ke sini dulu-dulu.
 
Senang letak kereta kat bahagian bawah. Sini pakai kupon jadi kena beli dekat kedai yang ada tulis kupon letak kereta. 1 jam 0.60 sen. 1 buku RM3.

Imigresen – barukan pasport

JPJ – barukan lesen.  Ni yang keras punya ya macam IC. Lepas dah buat ada sikit menyesal, sebab dah ‘hilang’ gambar muda belia. Kena tukar gambar baru. Sejarah juga kat lesen lama sebab ada tarikh dapat lesen. 

Jabatan Pendaftaran – barukan IC. Tapi tak jadi sebab dia siap dalam 24 jam. Esoknya baru boleh ambil. Tak keroje la pulak nak datang lagi kalau semata-mata nak ambil. Dekat Kuale pun ada JPN

*Ketiga-tiga jabatan terletak bersebelahan so lepas dah ambil nombor bolehlah berlari-larian ke tempat lain sementara tunggu giliran

TM – bayar bil

Pos  Malaysia – beli setem

Klinik Pergigian 1M – ingat nak buat kat Kuale je, gigi ngilu nak check, udah nampak ada kat sini lagi mudah, tapi udah ramai menunggu dan dekat nak waktu rehat.  Tak jadi pergi.

Sementara nak tunggu nombor giliran dipanggil, boleh juga menghabiskan masa di:

Kedai Buku 1M, Perbadanan Perpustakaan Negeri Perak, Tourism Perak atau keluar dari bangunan ni bagi sesiapa yang suka pergi kedai barangan kuih (Wah Seng). Nampak kedai Ayamas ha deret tu lah. 

Waktu operasi:
8.30 pagi – 10 malam. Isnin –Ahad (Kecuali Cuti Umum)