Thursday, May 16, 2013

Virgin Mary's Stone Cottage



Perjalanan ke Turki bukan sahaja bermakna bagi orang Islam tetapi bagi orang Kristian juga. Kami dibawa ke rumah Siti Mariam/ Virgin Mary, ibu Nabi Isa yang dikatakan tinggal di sini sehingga akhir hayatnya. 
Diceritakan, seorang biarawati di Jerman sedang sakit dan beliau mengatakan bahawa rumah Virgin Mary terletak di tanah orang Turki, di bandar besar di mana ramai orang berfahaman Pagan (Ephesus) serta banyak lagi butir terperinci yang diberikan. Oleh itu mulalah pencarian dilakukan berdasarkan maklumat yang diberi. Akhirnya mereka menjumpai sebuah rumah yang telah runtuh di atas gunung. Mereka mempercayai itulah rumahnya. Oleh itu mereka membinanya semula mengikut pelan asal rumah tersebut. 



Tip perjalanan: Bawalah payung ke mana sahaja. Ada yang tak ikut turun tengok sebab takde payung dan malas beli payung. Mahal jugalah kalau nak  Payung ni dah merata dunia dia jalan hehehe setia bersama.

Di dalamnya tidak boleh diambil gambar tapi rupanya macam inilah. Boleh nampak perbezaan warna dinding yang bermakna betullah rumah tu dibina semula daripada pelan yang asal. Ada dua ruang. Masuk-masuk kita akan nampak ‘tempat pemujaan?’, orang tu kata boleh ambil lilin di situ dan letak di luar. Kitaorang pun masing-masing tengok sesama sendiri. Ha??.  Kitaorang geleng kepala je, no no no.Tak boleh bising-bising dalam tu, nak bersoal jawab pun tak boleh.

Lilin yang dia suruh ambil tu diletak di sini



Boleh minum air kat sini

Antara ucapan yang diletak oleh pelancong yang datang ke sini.

Di luarnya ada dinding permintaan hajat. Dikatakan hajat akan makbul kalau tulis kat situ. Orang Islam jangan buat ya, minta hanya kepada Allah SWT.


Persekitaran di situ.

No comments: