Wednesday, June 19, 2013

Mutiara Kata



Olahan semula dari pengajian di Masjid Ubudiah.

Apabila berbeza pendapat ingat 3 perkara:

1) Memang Allah menjadikan kita berbeza-beza.
1    
1          Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.  (Al-Hujurat : Ayat 13) 

Sama juga apabila di dalam komunikasi apabila seseorang tu cakap lebih sikit (macam meninggi diri)  kita jangan pula sama naik nak tunjuk bagus juga. Kita ‘rendahkan’ sikit.
2    
 
2) Cintailah kekasih kamu kurang sikit,jangan sayang 100 peratus takut nanti jadi musuh kamu.

Sama macam didik anak. Tak boleh bagi sahaja apa yang dia nak, nanti jadi macam Anakku Sazali. Teringat sebelum ni dalam akhbar kisah seorang pelajar universiti bunuh diri kerana cintanya ditolak. Cinta 3 segi antara tiga orang kawan baik (2 lelaki dan seorang perempuan). Seorang ni jatuh cinta dengan perempuan ni tetapi rupanya perempuan ini suka kepada lelaki yang seorang lagi. Dia tidak dapat menerima cintanya ditolak lalu dia terjun bangunan kerana kecewa. Bapanya berkata kepada wartawan, jangan selalu beri apa yang anak mahu kerana selama ini dia sering memberi apa yang anaknya inginkan sampaikan anaknya tidak pernah ‘merasa’ perasaan ‘ditolak’.  Ia satu pengajaran.

 DAN 

Bencilah musuh kamu kurang sikit, jangan memusuhi 100 peratus takut nanti jadi kekasih kamu.

Kalau berdepan dengan budak ni, ai susah nak tolak permintaan lebih-lebih lagi tengok muka comel dan tembam ni.
  

3    3) Kata-kata ulama dari al-Quran

Kita tolong-menolong dalam perkara yang kita setuju dan berlapang dada dalam perkara yang kita beza.

Contohnya, kalau nak beli kereta, si suami kata nak warna merah, si isteri kata nak warna biru. Masing-masing setuju nak beli kereta tapi jangan sampai berbalah kerana nak pilih warna kereta. Kena berlapang dada. Cuba pergi kedai kereta dulu dan tengok ada tak warna tu, entah-entah dua-dua tak ada, yang ada warna hitam. So terus buat keputusan pilih warna hitam. Selesai masalah. Ataupun tahun ini warna biru, tahun depan cat warna merah. Itu pun selesai masalah. (Kata-kata ini boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi)

Wednesday, June 12, 2013

Tempat plastik baju-T



Masih lagi dengan sentimental t-shirt nya. Hehe. Baju ni dah sendat huhu sedih. Dapat baucar membeli belah ntah kedai apa tak ingat tapi di Central Market. So adalah ciri-ciri kemelayuan, kebatikan (BM yang salah) tu. Menang peraduan di KLFM. 1st time memanjat bukit angkasapuri. 





Mendapat inspirasi dari buku ni tapi buku ni dia jahit patchwork dan tempat isi barang mainan. Kita tukar jadi tempat plastik. Sumbat je semuanya, kalau nak ambik, seluk aje.

Quilting.  ISBN: 9781840385496. Harga:RM29.90 di Borders. Untung beli ni, sebab bahagian bargain. Kalau tak mahu lebih lagi harganya. Dahlah tebal, ada step by step dan banyak pula projeknya tu.
Masa Borders baru buka dekat Times Square, dah la dua tingkat, bahagian bargain pun banyak buku yang best. Sekarang ni ntah ada ntah idak. Nasib baik sempat memborong banyak sebelum-sebelum ni. Terasa macam pembeli yang bijak pulak kekeke

Thursday, June 6, 2013

Khabar Angin Ibarat Debu Beterbangan




Saya suka baca cerita-cerita yang ada makna di sebaliknya. Macam ruangan Angguk Geleng dalam Solusi, hasil tulisan Sofiyah @ Satuyah Rasin dalam Nur, Midi dll serta Kisah dan Teladan dalam akhbar Utusan Melayu (sisipan Utusan Malaysia setiap hari Isnin).

Tulisan jawi sekarang lebih mudah jika dibandingkan baca kitab-kitab lama. Ada alif maksudnya huruf ‘A’ la tu. Kalau tak de, ia boleh jadi dua bunyi, ‘a’,’e’. Kalau nak baca macam pembaca berita tu taklah boleh sangat, ada gak tersangkutnya. Kadang-kadang benda yang kita tahu pun bila ditinggalkan boleh jadi lupa.

Setelah dialih bahasakan:

Di sebuah desa kecil, tinggal seorang pemuda yang suka sangat mereka-reka dan menyebarkan khabar angin. Dia sering mereka-reka cerita tentang jirannya walaupun dia tidak mengenali mereka. Bagaimanapun, disebabkan ingin berubah, suatu hari pemuda ini pergi bertemu dengan seorang lelaki tua yang bijaksana untuk meminta nasihat. Lelaki tua itu memintanya untuk membeli seekor ayam hidup di pasar dan menyerahkan kepadanya secepat mungkin.

Lelaki tua itu juga mengarahkannya mencabut semua bulu ayam itu ketika dia berlari menyerahkan ayam itu. Pemuda yang suka menyebarkan khabar angin ini mematuhi semua arahan dan mencabut bulu-bulu ayam tersebut sambil berlari menyerahkan ayam itu.

Sesampainya di rumah dan menyerahkan ayam yang telah dicabut bulu itu, lelaki tua berkenaan sekali lagi mengarahkannya mengutip semula semua bulu ayam yang telah dicabut itu dan menyerahkan padanya.
Menyirap darah pemuda itu kerana marah apabila disuruh berbuat demikian. Dia membantah arahan tersebut kerana menyifatkannya sebagai tidak masuk akal. Arahan tersebut mustahil dapat dilakukannya.
Sudah tentu bulu-bulu ayam tadi telah diterbangkan angin ke merata-rata tempat. Pemuda itu tidak mungkin dapat mengumpulkannya semula kesemua bulu ayam tersebut. 

Mendengar rungutan dan kemarahan pemuda itu, lelaki tua yang bijaksana itu berkata, “Memang benar. Begitulah juga dengan khabar angin. Satu khabar angin dapat tersebar ke merata-rata tempat dengan pantas. Lalu bagaimana kamu hendak mengambilnya semula? Jadi sebaik-baiknya jangan memulakannya sejak dari awal lagi.” Pemuda itu tertunduk malu dan insaf dengan kata-kata lelaki itu.

Moral: Sekali sahaja anda menyebarkan sesuatu khabar angin, maka ia akan cepat tersebar seperti debu ditiup angin. Baik atau buruk khabar angin itu bergantung pada isi dan tujuannya disebarkan. Jika khabar angin itu perkara yang baik dan disebarkan dengan maksud hendak menyampaikan sesuatu kebaikan, maka ia harus dipuji, tetapi jika sebaliknya, ia amat dikeji. 

Bagaimanapun, selalunya khabar angin sering disamaertikan dengan menyebarkan perkara-perkara yang belum tentu kesahihannya dan kebanyakannya cerita-cerita berbau negatif. Oleh itu, hindar lah dari menyebarkan khabar angin. Periksa diri sendiri adakah kita seorang yang sempurna tanpa cacat cela hingga menganggap menceritakan keburukan orang itu bukan kesalahan? Fikir-fikirkanlah.

Butang ‘share’ dalam FB juga berbahaya. Kalau kita nak siasat sedalam-dalamnya tak mungkin. Jadi kalau rasa ragu-ragu tak perlu ‘share’. Kadang-kadang  teruja ingin menjadi orang pertama yang menyampaikan menyebabkan tidak mempedulikan kesahihan sesuatu perkara. Masa buat assignment dulu sudah dibiasakan mesti ada nota kaki yang merujuk dari mana kita memetik sesuatu kenyataan. Ibid, op.cit. ha ingat lagi tak? Oleh itu seboleh-bolehnya dalam blog saya ni setiap fakta saya pastikan rujukannya sama ada dari buku, kamus, brosur dan sumber yang dipercayai. Kalau ada tersalah fakta harap e-melkan kepada saya untuk pembetulan. Terima kasih kepada kenalan dari Brunei.

Monday, June 3, 2013

Cadar Baju-T



Projek terperam sejak sekian lama, akhirnya siap juga. Cadar baju-t tapi boleh juga jadi selimut. Memori kini di abadi. Cewah. Jenuh buatnya, ingat nak jahit mesin, sekali banyak yang ‘lari’ saiznya, dah tak sama so kenalah jahit tangan untuk mengejar balik dan membetul-betulkan balik  bagi sama.



 Baju Charlie 130 ni dapat masa wakil main badminton dekat opis dulu. Semua yang masuk dapat baju ni. Dapat hadiah mangkuk je. Sagu hati. Yang warna hitam gambar singa tu dari majalah cinema online. Dulu rajin masuk contest dari situ so dapat banyak baju yang berkaitan dengan filem.


 Rakan Cinta Alam. Best dulu-dulu masuk rakan muda. Macam-macam aktiviti. Panjat Gunung Bubu tapi balik tu demam. Hehe, orang kata kena 'tegur'. Tak panjat dah. Last naik Gunung Ledang je, berkhemah. Nasib baik takde demam lagi.

Next, projek lain lak...