Saturday, August 31, 2013

Gulai Batang Pisang

Setiap kenduri mesti ada hidangan istimewa masing-masing. Kalau di Kuala Kangsar ni, rata-rata yang selalu jumpa ayam goreng/ayam bakar cecah air asam. First time pergi kenduri di Bota siap ayam golek yang bakar kat situ dah rasa macam dekat pasar Ramadan pulak.  Cepat benor abis, maklumlah orang meratah ayam dari makan nasi. Fuh teringat ayam golek Pantai Dalam.

Masa menghadiri kenduri di Sik, Kedah  first time jugak tak jumpa daging dan ayam jadi hidangan utamanya. Nasi putih, gulai batang pisang(ada daging sikit), jelatah, gulai ikan masin,jelatah, ulam, sambal belacan dan ikan kering goreng masak dengan bawang dan cili kering. Memang ala kampung betul. Bagi yang taste ala-ala bandar tu memang tak kenyanglah makan, mujur saya jenis tidak memilih makanan.

 

Gulai Batang Pisang dua bekas dan memang cepat habis


Gulai batang pisang tu bukan ambil yang kerasnya ya, dalam dia yang lembut dimasak bersama daging(tapi saya tak jumpa daging. Malas nak memilih. Senduk saja) Rasanya, ntah macam makan ulam-ulam biasa tu macam jantung pisang tapi gulainya tu yang sedap. Tengoklah berlinangan minyak dan warna yang menarik. Orang Kedah memang selalu dikenali dengan gulainya. Tapi  yang paling best ikan kering goreng masak bawang dengan cili kering. Mak pun biasa masak ni, tapi ni punyalah sedap, garing sangat bawang dan cili tu. Boleh bertambah lagi dibuatnya tapi seperti biasa, kalau kat kenduri memang tak pernah menambah. Segan oi, jaga imej hehe kecualilah kenduri belah saudara-mara kita dua tiga round pun tak kisah.

Istimewa, bubur cempedak campur dengan caca (yang warna warni tu). Biasa makan bubur nangka. Masuk-masuk rumah dah terbau harum cempedak. Tapi jangan makan panas-panas, lebor lelangit dibuatnya sebab cempedak kan besar. Kalau nangka tu ada jugak la dipotong kecik-kecik

Tahniah Angah dan Mida. Insya-Allah jumpa lagi November di Alor Setar

Buah jentik. Hanya ada di Kedah. Jentik je, terbuka kulitnya. Ada 3 ulas kecil-kecil dalam tu.  Bijinya boleh dimakan sekali.

No comments: