Tuesday, September 10, 2013

Semoga Hati Tidak Akan Mati ...


 Bersyukurlah bila kita melihat sesuatu perkara kita akan teringat Allah dan bukan tanpa terkesan apa-apa.

Situasi 1
Ketika ke Great Ocean Road di Melbourne terpandang buih-buih di lautan. Banyak sangat sampai buihnya terbang ke udara dan kita dapat merasa percikan air.  Masa tu teringat sabda Rasullulah SAW yang pernah dibaca sebelum ini ; … Dia berkuasa ke atas segala-galanya diampunkan kesalahan-kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan. 

Sebelum ini bila terbayang buih di lautan, memang tak nampak sangat la buihnya ketika ombak menghempas pantai jadi tidak dapat ‘merasa’ maksud sebanyak buih di lautan. Tapi ketika sampai di Melbourne lah baru dapat melihat betapa banyaknya buih di lautan.  Begitu banyak kesalahan yang telah kita lakukan selama ini, yang kita sedari dan tidak sedari tetapi Allah masih ampunkan kerana sifat kasih-Nya. Melihat dengan mata hati dan bukan fikiran yang kosong.
  




 
Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat, Telaga Biru.

Situasi 2
Dah lama juga hidup di dunia ni dan telur boleh dikatakan makanan ruji lah bila duduk rumah sewa. Lauk paling mudah untuk disediakan tapi pertama kali terjumpa telur kembar. Dan ketika itu teringat dalam sepotong ayat tentang kekuasaan Allah, (tak ingat ayat penuh)  “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini)…


Bandingan telur biasa dan telur kembar

Semoga hati tidak akan mati.

No comments: