Friday, February 21, 2014

Hang Tuah Center

Dapat tahu fasal tempat ni daripada akhbar. Agak baru sampai tempat letak kereta pun tak buka lagi. Park di tepi jalan je.  Bayaran masuk RM5 seorang. Sangat interaktif dan boleh buat banyak aktiviti di sini so berpatutan lah bayar RM5 tapi untuk yang anak ramai, mungkin agak beratlah. 

Hang Tuah merupakan anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merdu. Beliau telah mempelajari ilmu persilatan semasa kecil lagi. Hang Tuah juga berkawan rapat dengan Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi. Pernah berguru dengan Sang Aria Putra di Bukit Pancalusa, Syeikh Mansur di Hulu Melaka dan Persata Nala di Gunung Wirana Pura. Beliau juga mempelajari pelbagai ilmu lain selain ilmu persilatan dan beliau hebat bermain senjata. Raja Melaka turut memberikan gelaran Laksamana kepada Hang Tuah. Sumber: Info di Hang Tuah Centre

Di belakang kawasan ini terletaknya Perigi Hang Tuah.
 

Di Kampung Duyong. Kalau nampak sign Perkampungan Hang Tuah ni maknanya anda di laluan yang betul.

Pintu masuk

 Oleh kerana tempat ni baru jadi memang semuanya nampak cantik lagilah.

Boleh main kat sini untuk menjadi pedagang

boleh bersilat di sini dengan tengok skrin dan boleh pakai baju silat yang ada tergantung kat situ

Tempat menjual cenderamata

Hang Tuah lima bersaudara

Setiap rumah ni ada nama-namanya

Rumah Hang Tuah

Kawasannya luas

Wednesday, February 12, 2014

Bandar Maharani - Muar

Nasib baik dia letak sign board di hujung jalan, kalau tak, tak nampak.
 Dari Tanjung Piai, rancangannya nak bermalam di Melaka. Hajat tak sampai, hujan lebat, gelap malam, tak nampak jalan, risaulah pulak. Dalam perjalanan tu dah tengok-tengok tepi-tepi jalan kot ada hotel bajet. Tapi ada homestay je. Mahal tu. Sementara masih larat, drive sahaja dan akhirnya sampai di Muar. Hemm pusing-pusing-pusing-pusing tak nampak hotel bajet. Ada hotel besar yang rasanya di luar kemampuan. Alhamdulillah dalam dok pusing beberapa kali tu jumpa hotel ni. Hemm bilik nampak baru. Wah suka, suka RM68 semalam. Selesa. Semua kelengkapan ada cuma tak larat nak naik, banyaknya la tangga.


Dari bandar diraja Kuala Kangsar ke bandar diraja bandar Maharani
Masa sampai malam tu memang nampak pintu gerbang ni. Esok paginya ingat nak carilah nak bergambar, so tanya orang tempatan. Lor derang sendiri tak tahu kat mana. Mungkin tak faham soalan??? Akhirnya pusing-pusing jumpa juga.
Sempat bersarapan di Muar. Mencari gerai yang jual mi bandung Muar. Tak jumpalah pulak. Last-last makan roti canai yang boleh dapat di mana-mana negeri juga. Hai tak merasa makanan istimewa di sini. Lagi pun sarapan, ada ke pagi-pagi orang jual mi bandung?

Menarik gambar mahkota di bulatan ni.
Daerah Muar dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abu Bakar dalam tahun 1884 dan Sultanah Fatimah telah merasmikan bandar tersebut dengan menanam azimat di tapak Istana Hinggap. Sejak saat itu Muar dikenali dengan nama Bandar Maharani.

Menurut sejarah, nama Maharani mengambil sempena nama Sultanah Fatimah kerana pada tahun itu (1884) Sultan Abu Bakar masih memakai gelaran Maharaja dan Sultanah Fatimah bergelar Maharani. Hanya pada tahun 1886, apabila upacara pertabalan dilangsungkan, Maharaja Abu Bakar memakai gelaran Sultan dan Maharani Fatimah bergelar Sultanah Fatimah.
(Sumber: 707 Kisah dan Fakta Raja Melayu, Kerabat dan Pembesar, oleh Ghulam Jie M Khan)



Tuesday, February 11, 2014

Taman Negara Johor, Tanjung Piai

Dari Kota Tinggi, kami ke Tanjung Piai. Kalau tengok peta, memang jauh merentasi dari timur ke barat. Tarikan di Tanjung Piai, ia merupakan penghujung selatan tanah besar Asia. Cer tengok peta, baru faham. Saya tahu fasal Tanjung Piai ni masa Radio Muzik (kini Nasional FM) yang ada buat road show masa tu. Jadi bila dah jalan-jalan ke Johor ni, google apa yang ada di sana. 

Solat dan makan tengah hari di Masjid Gelang Patah. Alhamdulillah



Ada sedikit kelakar masa nak pergi ni, masa dekat JB, kawan yang tengok peta ni kata, boleh ikut sign board Pontian, “oh kalau ikut Gelang Patah lagi dekat,” kata dia lagi. Ikut je signboard, mula-mula nampak juga dah arah yang dituju betul tapi bila sampai Gelang Patah udah hilang sign boardnya. Berhenti solat di Masjid Gelang Patah. Sambil tu tanya dekat orang tempatan. “Oh ni jalan mati dah, ini ke Tanjung Pelepas.” Nasib baiklah jalan patah balik tu dekat juga hahaha salah baca peta. Merasa juga tengok  kawasan ‘kerusi panas’ PRU 13. Ahli Parlimen yang menang tu mesti tak lawat ke masjid ni, jadi biar kami tolong melawat kawasan. Aha!  Makan tengah hari di gerai luar masjid tu.  Nak dijadikan sejarah, gerai tu baru dirasmikan hari tu. Kiranya kami pelanggan pertama. Semoga berkembang maju berkat kedatangan orang-orang Perak.


Yeah lega dah nampak papan tanda. Nak sampai dah.
Ikut sign board Pontian Kecil, Pontian Besar, Kampung Nanas, mak ai jauh perjalanannya. Maklumlah matlamat ikut jalan kampung. Tapi tersalah lagi, berhenti di Tanjung Piai resort, nasib baik sebelum ni google apa yang ada di tempat tu. So memang rasa lain macam je. Rupanya jauh ke dalam lagi. Dan yeah kami sampai juga walaupun dekat pukul 5. Memandangkan perlu mencari tempat bermalam sebelum malam menjelang jadi berkejar-kejaran jugak la nak melawat.  Bayaran masuk RM5 seorang.
 

Resort. Menarik juga pemandangan di sini. Sesuai buat photo shoot.
Nampak tu, hujung peta Benua Asia. Kalau atasnya di Rusia, ujungnya di Tanjung Piai, Malaysia. Bleh click untuk besarkan.


Tanjung Piai mendapat namanya daripada pokok piai yang tumbuh subur di merata tempat di kawasan ini. Pokok piai merupakan satu-satunya spesies paku-pakis yang tahan air masin. Pokok ini mudah dijumpai tumbuh di atas busut ketam rama-rama, di mana kedudukannya lebih tinggi di paras tanah lumpur. Burung pucung dikatakan pernah menjadikan rumpun pokok piai sebagai sarang untuk bertelur. Pucuk piai yang muda boleh dijadikan sayur seperti pucuk paku. Sementara batang pelepah yang tua boleh dipintal menjadi tali yang kuat. Oleh sebab pokok piai tak boleh dipisahkan dengan Tanjung Piai maka ia telah dipilih menjadi simbol pada tugu di hadapan pintu masuk Taman Negara Tanjung Piai. (Sumber: Info dari Tanjung Piai)

Tugu sebelum pintu masuk
Jauh lagi ya perjalanannya, 653m baru sampai. Meniti merentasi  paya bakau. Semput.
Baru lepas hujan. Pelantar licin. Bila difikir2kan balik, ada hikmah tersesat di Gelang Patah, jadi sampai lambat. Kalau sampai awal tadi, mesti terperangkap dalam hujan. Tak boleh berjalan juga.
Semua orang berebut nak bergambar di globe ni untuk menandakan sudah sampai. Sila ikut turn.

Sebenarnya dekat sini kita boleh belajar fasal pokok bakau. Tapi memang tak sempat nak membaca-baca. Tangkap gambar sajalah.

Fungsi pokok bakau:

Pokok bakau yang hidup sepanjang pesisir pantai berlumpur mempunyai fungsi yang amat penting sebagai benteng penahan daripada tiupan angin kencang dari sampai terus ke daratan. Angin kencang tersebut akan melanggar pokok-pokok bakau sebelum sampai ke daratan menyebabkan tiupannya menjadi perlahan. Apabila anda berjalan di dalam kawasan bakau, ada kalanya anda langsung tidak merasa tiupan angin. Ini menyebabkan anda terasa panas atau rimas. Sebenarnya pokok bakau yang tumbuh agak padat menjadi benteng yang menghalang angin dari sampai kepada anda.
 

Akar pokok bakau yang tertinggi di Tanjung Piai.

Pokok bakau juga berfungsi sebagai perangkap sampah semula jadi. Apabila air laut pasang, berbagai-bagai jenis sampai sarap seperti plastik, botol dan kayu akan dihanyutkan oleh air laut ke dalam hutan bakau. Pokok-pokok bakau yang padat serta sistem akarnya yang berbagai-bagai bentuk akan bertindak memerangkap sampah tersebut apabila air surut. Setiap kali air laut pasang, proses ini akan berulang. Sebab itulah kita dapat melihat pelbagai jenis sampah sarap apabila berjalan di dalam hutan bakau. Walaupun dikutip selalu, sampah tersebut tidak pernah habis. Selagi ada kejadian pasang surut air laut, selagi itulah sampah sarap itu sentiasa ada dalam hutan bakau.  (Info dari Tanjung Piai)

Oh patutlah nampak banyak gak botol mineral, helmet pun ada masa pergi kat situ. Ingatkan tempat ini tak terjaga. Rupanya memang sampah akan sentiasa ada selagi adanya pasang surut air laut. Belajar sesuatu tentang pokok bakau walaupun ada kat situ lebih kurang setengah jam sahaja.
 

Di dalam perjalanan ditemani kata-kata motivasi.
Balik dari Tanjung Piai ke Kukup akan nampak kedai jual keropok di tepi jalan. Best ni Lekor Chips. Tagline dia tak henti mengunyah. Ya memang betul sepanjang perjalanan tak boleh henti. Sedap krup krap krup krap. Nyesal tak beli banyak.

Terminal bersepadu

Terminal bersepadu seperti KL Sentral atau Terminal Bersepadu Selatan (TBS) memudahkan orang ramai mengunakan pengangkutan awam yang  menya...