Wednesday, April 30, 2014

Hari Keempat: Arashiyama, Kyoto


Perjalanan ke Kyoto cadangnya nak pergi Imperial Palace, Nijo Castle, Masjid Kyoto, Rose Café, Gion, Arashiyama.  Tapi masa dalam tren rupanya kami akan melalui Arashiyama. Jadi terus pergi ke sini dulu. 
Stesen Arashiyama
Untungnya bila pakai Kansai Thru Pass ni, tak kiralah kita pergi sejauh mana asalkan dia cover kawasan Kansai ni tak perlu la kita bayar  lagi. Tambang murah ke mahal ke dia dah kira sekali. Sampai-sampai di sini dah nampak boleh sewa basikal. Ada pula yang mencadangkan suruh naik. Best gak tu, kawasan taman ni mesti luas.. seksa nak jalan nanti. Sewa JPY400 untuk 2 jam.
Ramai juga yang nak sewa basikal

Cantik pemandangan
Saya pilih pinky bicycle. Gugurl katakan hehe. Adoi last naik basikal 90an. Latest pun kayuh bot yang macam basikal tu dekat Titiwangsa bleh gitu?. Susah gak nak seimbangkan badan. Uwaaa rupa-rupanya kena lalu jalan besar yang ada kereta, motor, bas lalu. Takuuut. Sudahnya tolak lebih banyak daripada naik bila lalu celah orang ramai. Timpa orang kang, jenuh nak menjawab. Tapi seronok jugak kring! kring! kring! dekat orang suruh bagi laluan haha. Ada loceng ya. Bila dah dapat rhythm mulalah merempit. Ahaks. 

Cuaca sejuk masa tu. Tapi berbasikal punya pasal  tak payah pakai baju sejuk pun takpe.

Masa ni jalan clear, tapi sebenarnya makin lama makin ramai orang berjalan, naik lanca dan naik basikal.
Sini sebenarnya kawasan tokong. Tapi orang pergi ke sini kerana pemandangannya yang cantik lebih-lebih lagi bila lalu bamboo path. Redup sahaja.  Di sini juga boleh naik lanca selain jalan kaki sendiri. Ada juga banyak kedai cenderamata dekat sini tapi tak ada yang menarik perhatian. Fridge magnet pun tak ada.
Mendamaikan

Friday, April 25, 2014

Hari Ketiga : Glico Man


Lepas makan kami pergi ke mercu tanda Kobe, Kobe Port Tower. Binaan besi warna merah berbentuk dram. Tapi kami tengok dari jauh sahaja. Ada ferris wheel juga di sini.  So kawasan ni macam meriah jugalah dengan lampu lip lap. Di sebelahnya yang nampak bumbung tu kalau mengikut brosur Kobe Maritim Museum. 

Singgah di pasar raya kat sini. Kedai 105yen (RM3.30). Semua barang berharga 105 yen. Ala macam daiso yang semua barang RM5 tu. Yeay!

Balik kami naik tren di Harborland. Mesin tiket ni kadang macam-macam rupa, kadang tak faham. Tanya mamat seorang ni suruh tunjuk. Dia tak faham, dia nak balas BI pun macam teragak-agak. So beritahu aje stesen apa dan tunjuk kat dia duit. Oh senang je rupanya, masuk je semua duit, sebelum ni masuk syiling satu-satu. Dah dapat tiket. Arigato. Dia balas balik, thank you your welcome dalam satu nafas. Hehehe.


Mercu tanda di Doutonbori Street, Osaka, iklan Glico Man

Pocky pek jumbo.

Di Malaysia namanya Rocky.
Pergi Kobe naik bot tapi balik semula ke Osaka kami naik tren. Time orang balik kerja, ramainya. Berdirilah jawabnya. Nasib baik ekspres. Kurang sikit berhenti. Dah sampai destinasi, terjumpa pula kedai buku Kinnokuniya. Biasa pergi KL je, ni original kat  Jepun.Mesti pergi ni, Jepun terkenal dengan kraf tangan- kait, patchwork, origami. Memandangkan masa singkat, tak sempat nak perhati betul-betul.  Waduh-waduh Jepun semua. Google translate patchwork dan tunjuk dekat dia.  Terus dia bawa ke rak berkenaan. Wah gila banyak, buku best-best. Membesar dengan buku-buku jahit Jepun jadi ada kenangan tersendiri. Akhirnya dapat satu berkenan di hati.
Tipu je ni tapi memang nampak real.

Dalam perjalanan balik ke hotel, kami singgah sebentar di Doutonbori Street. Tempat ni memang dikenali sebagai food street.  Dekat Jepun ni paling menarik display di setiap restoran.  Model-model makanan yang seakan-akan asli. Kalau dessert tu lagilah rasa macam nak makan je. Saya pernah tengok dalam NTV7, nama siri dah lupa tapi berkaitan kerja yang lain daripada biasa. Kerja buat model2 makanan ni lah dan memang dia pergi ke Jepun pun. Rumit cara pembuatannya untuk nak bagi nampak real.
Mercu tanda yang harus dilawati di sini ialah lampu neon glico man yang  merupakan gambar orang yang berlari ke garisan penamat. Memang besarlah iklan ni berbanding iklan lain.  Glico man terkenal dengan biskut jejari coklat berjenama Pocky. Jika di Malaysia ia dikenali sebagai Rocky.  Nama Pocky ditukar kerana bunyinya agak sensitif macam pork.  Ingat lagi tak masa sekolah zaman-zaman tic tac, rocky, horlicks yang bulat-bulat dan sugus. Ha time tu pun popular din dang, tora, tapi tak de class lah makan ni, rocky style. Hehe Dekat sini memang ada macam-macam perasa , ada jumbo pek lagi. Tapi idak le membelinya. Meragukan.


Boleh try main ni, 100 yen kot sekali. Arggh tipu je ,tak dapat pun nak kaut bear ni.*mood frust


Doutonbori Street

Hasil tangkapan.

Wednesday, April 23, 2014

Hari Ketiga: Kobe

Lepas balik dari Wakayama kami mahu ke Kobe pula. Sementara tunggu tren bergerak, belek-belek buku dan peta Kansai Pass. Jauhnya perjalanan dari Wakayama ke Kobe. Dari hujung peta (bawah) ke hujung peta (atas). Masa tu dah pukul 2. Berapa lama pula nak sampai kalau naik tren, mahu berjam-jam. Akhirnya ternampak boleh naik bot laju dari Kansai Airport. 30 minit sahaja. Ok gak singkatkan perjalanan.
JPY1800 tapi selepas diskaun kupon Kansai Pass dapatlah JPY1700 (RM55). Rupa-rupanya ada harga istimewa untuk pelancong yang memang baru sampai ke Jepun dan nak pergi ke Kobe pada hari tu juga dapat separuh harga.  Kami dah dua hari sampai so tak boleh la. Tapi promosi ni sampai 31hb Disember 2014 (untuk sesiapa yang terbaca blog ni).
Harga promosi untuk sesiapa yang baru sampai kansai airport dan untuk ke Kobe pada hari itu juga.


Macam naik feri Lumut ke Pangkor, Kuah ke Langkawi, Stulang ke Batam..banyak contoh supaya dapat feel hehe
Hairan juga kat manalah ferinya. Rupanya kena naik bas ke pelabuhan. Bas disediakan dalam 5 minit perjalanan. Sampai di pelabuhan Kobe naik bas lagi dan dia akan bawa ke airport Kobe. Di situ kami ambil tren Portliner.  Kami berhenti di stesen Sannomiya sebab ada baca dalam blog 10 minit jalan kaki. Tapi bila tanya kaunter info di mana arah masjid. Memang derang tak tahu walaupun ada sign dalam peta. Apalagi daripada menghabiskan masa berjalan tak tahu arah mana, tahan teksi dan tunjuk peta. Meter bermula JPY660.  Oleh sebab traffic jam, meter naik naik naik sampailah JPY980 rasanya. Rupa-rupanya masjid tu tersorok gak la di atas bukit jadi ramailah tak tau.
dari sini ada feeder bas yang akan bawa kita ke airport Kobe/naik tren


Masjid Kobe

dari tepi baru nampak kubahnya sebab wayar berselirat

Di dalam dewan (masjid)
Di depan masjid ada kedai yang menjual bahan runcit halal. Kami bertanya kedai makanan halal. Alhamdullillah ada Muslimah Jepun bertudung labuh dan berjubah dengan senang hati nak tunjukkan. Agak fasih berbahasa Inggeris jadi mudahlah nak bersembang.  Kedai tu tutup lah pula, dia patah balik ke kedai runcit tadi sebab nak suruh telefon kedai tu nak tanya sama ada buka ke tak sebab biasanya buka. Baiknya. Terharu. Katanya kedai tu buka 5.15 jadi dia suruh kami duduk dulu dalam masjid sementara tunggu restoran buka. Lebih kurang setengah jam lagi. Kami minta izin nak bergambar bersama, tapi dia malu, dan hanya minta kami doakan dia. Aminah Nur, semoga dirahmati Allah sentiasa. Barakkallah.

Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun dengan seni bina Turki. Terselamat daripada serangan bom atom ketika Perang Dunia Kedua dan gempa bumi yang dahsyat tetapi tetap teguh berdiri hingga sekarang.
Kedai runcit halal.. tetiba ada poster visit Malaysia 2014 tu yang berhenti singgah

Kedai ni sederet dengan kedai runcit tadi tapi terletak di penghujung jalan

Menunya semua nampak JPY1000 lebih
Restoran Naan Inn makanan ala Pakistan. Rupanya kedai ni buka dua kali. Lunch 11am-3pm dan dinner 5.30-9.30. Dibuka setiap hari. Tengok menu, pengsan ribu-ribu yen. Dekat RM60 satu hidangan. Paling murah roti naan JPY 300 sahaja tapi tak kan makan kosong je kan. Mestilah berkuah, chicken curry JPY1350 (RM43). Dari pagi hanya makan biskut dan coklat sebagai alas perut. Tak kisahlah mahal pun. Nasib baik air kosong free dan boleh refill. Sekali bila datang, portion besar rupanya hehe, kalau tau tadi kongsi. Masuk waktu maghrib dia pergi solat dekat masjid Kobe tadi, dan biar kami makan/jaga restoran. Percayakan kami lah tu. Saudara seislam tak akan buat khianat.  Aizat Amdan dan Siti Nurhaliza juga pernah makan di sini berdasarkan pada autograf yang lekat kat dinding.
kalau tak silap untuk rancangan destinasi air asia dlm astro

Cik CT kita pernah makan di sini juga

Nasi beryani selambak

Ada juga kedai runcit halal lagi satu di sini. Dari Naan Inn nak menghala ke jalan besar menuju ke tren boleh nampak ni.

Tuesday, April 22, 2014

Hari Ketiga: Tama Station Master, Wakayama

Hari ini kami ingin berjumpa kucing yang dilantik sebagai Station Master /Ketua Stesen.  Di dalam wilayah Kansai juga, iaitu Wakayama. Kami bertolak awal pagi memandangkan jauh juga perjalanannya. Naik tren yang betul pada mulanya tapi rupanya kena transfer di Izumisano sebab tren tu ke Kansai Airport. Mana nak tau, dah pengumuman dalam tren cakap Jepun sepenuhnya. Mula perasan bila tengok dalam peta dia berhenti di stesen lain. Patah balik mencari tren yang betul. Untuk kepastian tanya orang yang kerja kat situ.

 

Petanda kita berjumpa jalan yang betul bila nampak tapak kaki kucing ni. Perlu ke Kishi Station untuk berjumpa Tama. Tiket 1 hari JPY650. Boleh naik berapa kali yang suka. Masa nak beli tiket ni kat kaunter, rupanya derang dah ada satu kad besar translation BI. Jadi orang tu tak payah cakap banyak. Di sini ada tren biasa dan tren khas. Tren khas ada gambar strawberi (Ichigo),permainan (Omocha) dan kucing (Tama) tapi masa kami datang hanya ada Omocha dan Tama. Di dalam tren juga dihias dengan pelbagai hiasan yang berkaitan dengan tema. Tren khas ini mempunyai jadual. Jadi kita boleh rujuk kalau nak naik tren yang mana.
 

Nampak tak ada gambar kucing di situ.
Ni jadual tren khas. Ada je tren biasa tapi kenalah naik tren istimewa. Memang jadualnya tepat.
Diskaun tiket murah sikit dan boleh naik berapa kali suka. Kita akan diberi tiket (kad)sebesar pasport (bukan bentuk tiket) dan akan ditunjuk pada pemandu tren
Siap ada jadual ni. Ada day off lagi ya.
Waktu tugasan Station Master. 10pg -4 petang. Ada hari cuti lagi. Kami bertuah sebab datang hari Selasa jadi kedua-duanya bertugas masa tu. Nitama di Stesen Idakiso dan Tama di Stesen Kishi. Oleh sebab Nitama ni junior jadi dia kena kerja lebih sikit. Kalau si Tama ni cuti dia kena ganti kat stesen Kishi. Kikiki comel jer konsepnya.   Ya apa tugasannya? Duduk, makan, tengok orang yang lalu-lalang dan tidur di dalam bilik kaca yang lengkap dengan permainan. Kot-kot dia boring.  

Tren khas Tama

Ala tome tome.. masa kami datang elok dia jaga. Bila dah ramai orang yang tengok .. tidur la pula dia

Boleh nampak telinga, mata dan pintu tu seakan mulut. Mulanya tak perasan, biasalah pergi sendiri so kena teroka sendiri, kalau ada tour guide tu mungkin lah dia terangkan. Bila tengok ada rombongan pelancong dari Hong Kong asyik tangkap gambar bangunan, baru perasan.
Mengikut sejarahnya, pada 1 April 2006 pembukaan Wakayama Electric Railway Kishigawa Line. Tama dan kucing jalanan yang lain telah dijaga oleh Encik Koyama yang duduk berdekatan stesen Kishi. Dia diarahkan berpindah kerana membina rumah di jalan awam. Akhirnya Encik Koyama merayu kepada Presiden Wakayama Electric Railway supaya Tama tinggal di stesen tersebut. Setelah berjumpa Tama, Presiden tertarik hati dan melantik Tama menjadi ketua stesen.  Peminat kucing dari seluruh dunia datang ke sini hanya untuk melihat kucing yang dilantik sebagai Station Master. (Boleh tengok dekat you tube)
 
Stesen akhir, Kishi. Di sini pula Tama bertugas tapi time ni dia tidor.. hai banyak keroje gamaknya penat. Kat sini ada kafe dan boleh beli oleh-oleh sebagai kenangan. Istimewanya bangunan ni kerana dia berbentuk muka kucing siap ada mata dan telinga lagi.




Reka bentuk dalaman di dalam tren Tama. Sepanjang perjalanan tidak akan membosankan. Ada library kecil juga di dalam ni dan terdapat buku-buku mengenai kucing.
Comelnya

Kuntum Si Peramal Cuaca

Biasa dengar,kan binatang ni ada six sense . Dia boleh tahu ada bahaya di sekitar atau bencana alam.  Dengan bangganya saya nak beritahu ku...