Thursday, July 30, 2015

Balik Kampung

Musim perayaan tak sah kalau anak perantau tak balik ke kampung. Lagu evergreen of course Balik Kampung dendangan Allahyarham Sudirman. Senikatanya tiada pun cerita tentang raya tetapi kemeriahannya terasa bila dengar lagu ni.

Sebenarnya nak cerita tentang Si Uling si kucing jalanan ni. Di awal Ramadan memang ada nampak datang makan di rumah lepas tu hilang tanpa khabar berita. Ada juga dengar cerita dekat kampung ni ada seorang ni yang tak suka kucing. Bila kucing lalu depan rumahnya, dibuangnya ke pasar. Memang banyak kucing jiran yang hilang tanpa dikesan sama ada mati/dibuang/dilanggar tidak pasti. Oleh kerana lama dah tak nampak Si Uling ni terfikir gak mesti dah kena buang ni. 

Alih-alih 13 Syawal yang lalu tetiba dia muncul. Orang lain balik kampung masa raya, ni dah pertengahan Syawal baru balik. Salah kira tarikh kot. Heheh. Memang nampak macam kebulur je. Hai entah ke mana lah sebenarnya dia menghilang.  Pernah juga kucing kat rumah ni yang dibuang di pasar, balik setelah beberapa minggu. Jadi ia tak menghairankan.

ZZZZ Kuntum .. credit gambar cik lea
 Si Kuntum, kucing rumah ni. Kalau Hari Raya mulalah tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi..hhmm memang tak mandi. Ramai orang balik dan datang beraya. Dia ni perasan cantik lah juga..pan asian ni tau dia malas nak layan orang. Menyembunyikan diri dengan naik di kabinet yang tinggi. Orang boleh pandang sahaja, nak pegang-pegang tak boleh. Akhirnya, bila semua orang dah balik, sardin je dia tidur tengah rumah. Lena sungguh, Merdeka!

#kuntumTheCat

Tuesday, July 7, 2015

Semat Quran

Rujukan: 14:1, 2:121, 38:29, 47:24, 12:2, 30:7, 7:40, 25:30


Sepanjang bulan Ramadan, kelas pengajian percuma bagi Muslimat Ubudiah diadakan setiap hari Isnin hingga Jumaat. Selain daripada ustaz yang biasa mengajar, turut dijemput ustaz dari Semat Quran untuk mengisi slot pengajian. Pesanan, perlu bawa tafsir quran.

Jauh datangnya, dari Ampang. 

Secara umumnya, Ustaz menerangkan tentang al-Quran. Al-Quran itu sebagai panduan dan diamalkan dan bukannya sebagai hiasan.

Bermula dari Surah 14 ayat 1 (14:1)  – kitab ini diturunkan untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya terang benderang. Ya, itulah manual kehidupan kita sebenarnya. 

Adakah kita membaca quran dengan sebenar-benar bacaan?
2:121 – hanya mereka yang membaca dengan sebenar-benarnya sahaja akan beriman.
Sendiri pun faham, selama ni betulkah kita membaca dengan sebenar-benarnya. Ya kita setakat baca sahaja tetapi tidak menghayati apa yang disampaikan.

Peri pentingnya kita belajar bahasa Arab untuk memahaminya tetapi kita lebih mengutamakan untuk belajar bahasa lain. Dush! Rasa macam terkena tumbukan ni. Terasa.  
12:2 Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Quran berbahasa Arab, agar kamu memahami.
Jadinya, wajib tahu bahasa Arab untuk memahami al-Quran.

Rupanya inilah dinamakan taddabur. Iaitu menghayati al-Quran, Itulah dulu-dulu masa dekat U, orang ajak pi usrah, lari. Huhuhu. Takpe masih belum terlambat.

47:24 – Tidakkah mereka hayati al-Quran, atau apakah hati mereka sudah terkunci?
Wau sudah jelas dan nyata, Allah bertanya tidakkah kita menghayati al-Quran.

25:30- Nabi Muhammad saw mengadu pada Allah umatnya telah mengabaikan al-Quran.
Memang kita baca Quran tetapi berbalik semula kepada perihal adakah kita membaca dengan sebenar-benarnya? Sendiri pun boleh jawab.

Kelas 1 jam lebih sahaja tapi banyak ilmu yang diperoleh. Hanya menerangkan tentang al-Quran itu dan dikembangkan lagi isi-isinya.  Kesimpulannya, baca quran itu penting, memahami lebih penting.

Akhirnya mendaftar untuk kelas Taddabur di cawangan Kuala Kangsar.  Biar Ramadan ini lebih bermakna sikit pengisian ilmunya. Dalam youtube pun banyak juga video yang boleh ditonton tapi tak sama dengan belajar secara berdepan. Belajar kena berguru untuk memandu arah. Semoga istiqamah.
Tujuan program ini antaranya untuk menyematkan kefahaman al-Quran ke dalam hati dan jiwa. Kelas ada di Ampang, Shah Alam, Bangi, Ipoh dan Kuala Kangsar.

Kuntum Si Peramal Cuaca

Biasa dengar,kan binatang ni ada six sense . Dia boleh tahu ada bahaya di sekitar atau bencana alam.  Dengan bangganya saya nak beritahu ku...