Sunday, September 20, 2015

ETS Padang Besar - Bahagian Akhir

Arked Niaga. Di depan, di belakang, di tepi, arked ni semuanya tempat membeli-belah.
Sampai dalam pukul 10 disambut gerimis. Memandangkan ia stesen akhir jadi ramai yang turun dan ikut sahaja orang pergi ke mana. Kena naik jejantas, dan sudah nampak papan tanda menunjukkan arah arked niaga. Mula-mula nak try jalan juga sebab orang kata dekat sahaja, memandangkan hujan dah lebat sikit, naik teksi sapu. Di kaki tangga jejantas tu memang banyak la teksi sapu memanggil-manggil. Tambang ikut kepala. Seorang RM3. Hmm baru naik, pastu dia keluar sikit parking, pastu dah sampai. Haha kejap bebenor, 5 minit je rasanya. Tapi takpelah susah pun mak nak jalan.

 Kedai tak buka lagi. Aduhai. Dalam 10.30 tu barulah mula buka sikit-sikit.  Saya ni memang bukan jenis membeli sangat. Lagipun setiap kedai sebelah-menyebelah pun jual benda yang sama, jajan, jersi, pakaian, tudung. Yang menarik perhatian saya satu kedai tu jual beg/bakul anyam dari Siam. Ha yang tu macam-macam jenis pilih. Mak siap beli bunga orkid ngan benih dari Siam. Last beli jajan 3/4 peket RM10, beras Siam sekilo, paste kari hijau, tomyam.


 Makan tengah hari di sana. Pukul 1 dah balik. Sempat aja. Kalaulah ambil tiket pukul 4  mau jenuh juga nunggu. Memandangkan tangan pun dah penuh di kiri dan kanan, memanglah kena naik teksi hehe. Kali ni RM5 sekepala. Rupa-rupanya harganya mahal sebab ikut jalan lain. Ni memang tak perlu naik jejantas dan terus ke stesen. Dua kali tanya, eh betul ke nak pergi stesen padang besar,  jauh benor. Risau la jugak kot sampai ke Thailand pulak nanti.

Tren 2.30 ptg

Padang Besar  2.30 ptg
Bukit Ketri  2.42 ptg
Arau 2.51 ptg
Kodiang 2.54 ptg
Anak Bukit 3.06 ptg
Alor Setar -lena
Kobah 3.21 ptg
Gurun 3.31 ptg
Sungai Petani 3.42 ptg
Tasek Gelugor 3.52 ptg
Bukit Mertajam 4.03 ptg
Butterworth 4.14 berhenti dalam 10 minit. Driver tukar tempat  dan pandu  bahagian satu lagi pulak dan patah balik ke Bukit Mertajam. Kiranya Bukit Mertajam tu dua kali berhenti.
Bukit Mertajam 4.36 ptg
Nibong Tebal 4.50 ptg
Parit Buntar 4.54 ptg
Bagan Serai 5.01 ptg
Kamunting 5.20 ptg
Taiping 5.24 ptg
Padang Rengas 5.37 ptg
Kuala Kangsar 5.45 ptg


Sebelum ni pintunya cepat sangat tutup tak sampai seminit. Jadinya, bila dah bawa barang banyak ni, kenalah bersedia cepat. Lepas je Padang Rengas dah siap-siap dan bila nampak macam nak sampai dah ‘paksa’ mak duduk dekat pintu keluar sebab mak sakit lutut jadi kena berdiri lebih awal supaya tak cramp kaki tu nanti. Ceh bila orang bersedia, lambat pulak tutup pintu. Rasanya macam satu atau dua minit pulak berhenti. Hehe..mesti orang dalam tu tengok kejamnya anak ni awai2 dah suh maknya bangun. Lain kali kita relax je. Ada pekerja KTM di luar tu yang duk tunggu nak pastikan semuanya ok. 

*oleh kerana perkhidmatan ETS ni baru. Jadualnya belum betul-betul tetap lagi. Setiap bulan mungkin jadual waktu perjalanannya sama dengan sebelumnya atau akan ada penambahan. Jadi memang kena check dulu sebelum nak beli. Sebab masa mula-mula dulu, tren ni start pukul 5 pagi. Sekarang 6 pagi, akan datang entah pukul berapa pulak. Kekal atau tambah.

Saturday, September 19, 2015

ETS Padang Besar- Bahagian 2 - (Kemudahan)

Kereta api baru. So semua nampak cantik lagi. Kemudahan yang disediakan menjadikan perjalanan lebih selesa. 

TV. Oleh kerana first time naik, so tak peduli tv tayang cerita apa. Nak tengok view je.  Kerusi boleh ke belakang supaya boleh tidur selesa sikit.

Kafe/bistro di Koc C. Pilihan menu tak banyak sangatlah tapi boleh mengenyangkan. Menu hari tu nasi goreng, nasi lemak, sandwic sardin dan sandwic cheese. Minuman panas pun ada. Agak mahal tetapi biasalah beza tu kalau dalam tren dengan luar tren walaupun makanannya sama. Boleh makan di sini atau bawa ke tempat duduk. Tapi lebih selesa bawak kat tempat duduk sebab orang asyik lalu lalang je.

Tren baru, ada ruang solat. Koc C. Ni kalau siapa-siapa bagi alasan tak nak solat, meh sini nak jentik. Tren dari Ipoh pukul 6 pagi jadi mungkin ada yang terkejar-kejar solat subuh jadi boleh solat dalam ni.

Ambil wuduk di dalam ni juga.

Boleh solat dua orang serentak

Info perjalanan  jadi kita boleh tahu kita berada di mana-menuju ke mana-destinasi akhir.-berapa banyak stesen

Power outlet bawah kerusi, di tengah

Cak! 

Ruang bagasi yang lebih luas. Selain dari atas ni, ada juga di hadapan  untuk beg-beg besar yang tak muat atas ni,

Tandas di Koc E. Koc C lebih luas utk OKU. Tong sampah di setiap koc. Lekat di dinding. Jadi kalau sesiapa yang masih membuang sampah merata-rata tu memang nak kena ni. Tapi ada waktu yang cleaner akan datang dengan plastik sampah untuk kutip sampah dari satu kerusi ke satu kerusi.

Thursday, September 17, 2015

ETS Padang Besar - Bahagian 1


Kemunculannya dinanti hehe. Memang tak pernah naik kereta api arah utara. Walaupun ada saudara mara di Kedah tapi lebih mudah naik kereta memandangkan kereta api dulu-dulu kan lambat juga sampainya mau dekat lima enam jam. Lagipun jadual perjalanannya, sampai sana mesti tengah malam atau subuh-subuh sepiie.

Beli tiket sehari sebelum pergi. Ada 2 waktu, tren dari Ipoh, 6.29 pagi gerak. Tren dari Kuala Lumpur pukul 12.05 gerak. Eloklah pergi awal-awal pagi, sejuk sikit nak berjalan. Tambang sehala untuk dewasa RM46 manakala warga emas RM27.

Elok beli tiket balik terus memandangkan excited je orang nak pergi sekarang, kan tiket cepat habis. Ada dua waktu dari stesen Padang Besar, pukul 2.30 petang dan pukul 4 petang. Mula-mula nak ambil pukul 4. Amboi lama benor nak shopping ya. Tiket habis. Jadinya ambil pukul 2.30 petang, macam rasa tak cukup masa je. Ok takpe, matlamatnya nak try je.

Stesen  KTM Kuala Kangsar
 Stesen dah berubah rupa, bangunan baru memang beza sangat-sangat dengan dulu. Kalau dulu ramai-ramailah boleh menghantar hingga naik kereta api tapi sekarang cuma penumpang je turun. Lepas tu dari tangga kereta api dengan tanah pun biasanya agak tinggi, kalau bawa beg besar, susah gak nak turun, akhirnya campakkan je beg tu dulu. Sekarang, sama paras sahaja jadi orang yang sakit lutut/warga emas/OKU senang nak naik.

Rujuk platform anda di sini

 Pukul 5.40 pagi dah sampai stesen.  Solat di surau stesen. Kalau rapatkan saf bolehlah muat dalam 12 orang dalam satu masa.

Platform. Tak perlu risau kalau hujan sebab memang berbumbung. 

Ada tulis tanda koc di simen tu. Jadi kita boleh tunggu di koc yang betul.
6.30 pagi. Wah!! Depannya ala-ala bullet train. Baru masuk 3 orang udah pengumuman nak tutup pintu. Cepat benor nak jalannya, tak sampai seminit berhenti. Baru nak cari kerusi dah jalan. Mujur masuk pintu yang betul terus jumpa kerusi.
Stesen yang dilalui:

1.Ipoh 6 pagi
2. Tasek
3. Sungai Siput
4.  Kuala Kangsar  6.30pg
5. Padang Rengas  *masa ni terus pergi kafe jadi tak tahu bila sampai
6. Taiping  6.53pg
7.  Kamunting 6.58pg
8.  Bagan Serai 7.16 pagi
9. Parit Buntar 7.23 pagi
10. Nibong Tebal 7.28 pagi
11. Butterworth 7.50 berhenti dalam 10 minit. 
12. Bukit Mertajam  
13.Tasek Gelugor
14. Sungai Petani 8.35 pagi
15. Gurun 8.47 pagi
16. Kobah 8.57 pagi
17. Alor Setar 9.06 pagi 
18. Anak Bukit 9.12 pagi
19. Kodiang 9.24 pagi 
20. Arau 9.29 pagi
21. Bukit Ketri 9.36 pagi
22. Padang Besar 9.48 pagi


Yang tak ada  tulis masa tu, lena. Air cond sejuk, mudah beno terlelap. Kelajuan 135-140km/j. Dari Kuala Kangsar  hingga Parit Buntar boleh nampak sawah padi, kelapa sawit dan kelapa. Masuk kawasan Perlis suasana bertukar ke pokok getah.