Tuesday, March 23, 2010

Acara di Pesta Buku

Ada demo coklat di gerai Berita Publishing oleh Chef Amer. Semua orang tunggu coklat free termasuk la orang yang tangkap gambar ni. Setiap hari ada demo lain di gerai ni.
Ada juga S.O.X dance & drums. Menarik tengok cheerleader lelaki dan band dram ni.



Pesta buku yang ditunggu-tunggu sudah bermula. Saya memang tak pernah lepaskan setiap tahun. Masa inilah kita boleh dapat buku murah-murah dan pelbagai pilihan. Bukan sahaja menjual buku tetapi banyak aktiviti sepanjang pesta ini berlansung. Antaranya SOX dance & drums, International Conference on Children's Book, bertemu dengan penulis dan banyak lagi. Setiap gerai (booth) ada aktiviti sendiri.



Tempat: Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur, Malaysia
*Legar Putra
*Dewan Tun Razak 2
*Dewan Tun Razak 3
*Dewan Tun Razak 4
*Dewan Tun Hussein Onn
memang luas kawasannya, banyak tempat nak tengok cuma tak larat nak jalan dengan beg plastik yang banyak. Pergi tempat terpilih sahajalah, antaranya Utusan, Karangkraf, Berita Publishing dan S.Abdul Majeed.

Tarikh: 19-28 Mac 2010
Waktu Dibuka: Isnin-Khamis 10 pagi-8 malam
Jumaat-Ahad: 10 pagi-9 malam


Terdapat 856 gerai dengan 208 peserta dari dalam dan luar negara. Pelbagai kategori buku yang dijual seperti Falsafah dan Psikologi, Agama, Sains Sosial, Bahasa, Sains, Matematik, Teknologi, fiksyen kanak-kanak dan banyak lagi.

Rekod pengunjung:
2006 - 700,000 pengunjung
2007 - 1,000,000 pengunjung
2008 - 2,200,000 pengunjung
2009 - 1,500,000 pengunjung

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah merasmikan PBAKL ke-29 dengan tema 'Buku: Lakaran Masa Depan'. Beliau menyarankan PBAKL diangkat sebagai pusat perdagangan industri buku, sekurang-kurangnya bagi rantau Asia dalam jangka masa 10 tahun akan datang dengan menjadikan Pesta Buku Frankfurt yang disertai hampir 10,000 penggiat industri buku seluruh dunia sebagai penanda aras, (petikan: Berita Minggu Ahad, 21 Mac)

No comments: