Tuesday, March 16, 2010

Tarts My Heart




Hari tu pergi kedai buku Popular ingat nak renew card je. Tapi memang pantang la masuk kedai buku tak membeli hmmm nak nak pulak memang buku yang dicari-cari. Saya memang suka tart, cari buku bahasa Melayu ada la gak tapi sikit je.. tak sangka ada pula jumpa buku bahasa Cina ni tapi ada translation Inggeris la. Memang puas menengoknya... tart semuanya.


Tajuk buku : Tarts My Heart


Penerbit: Famous Cuisine Publisher S/B Pengarang: Kevin Chai
Bilangan halaman: 125 m/s


Sinopsis:

Segala-galanya tart di dalam buku ni. Di awalnya ada tunjuk langkah demi langkah buat crustnya. Asasnya sama sahaja cuma filling dan hiasannya berbeza. Ada 57 jenis tart dalam ni, antara yang menarik Egg Tarts, Fruit Tarts, Hot Dog Tarts, Kiwi Egg Tarts, Mix Fruit Tarts, Marble Cherry Tarts dan banyak lagi.


Komen:

Buku resepi Cina memang menarik. Gambar besar dan jelas. Ada langkah demi langkah walaupun sikit je tapi puas la juga. Harga RM22 je. Tak mahal, gambar banyak dan kertasnya tebal. Walaupun entah bila nak mencubanya tapi puas hati jumpa buku yang dicari-cari. Simpan dalam library aku.

No comments: