Thursday, April 8, 2010

Roti Aiskrim - Popular Sepanjang Zaman








Sedap ni. RM2. Roti memang sedap makan cicah ngan apa-apapun...selain jem sedap gak cicah bubur kacang dan sup. Kalau makan aiskrim yang kon tak berapa kenyang sangat, dengan roti kenyang gak la. Aiskrim warna-warni memang nampak menarik. Cantik di mata sedap dirasa. Lebih-lebih pula hehe.


Masa zaman 90-an rasanya popular dengan aiskrim goreng. Masa tu mak buat sendiri. Bungkus aiskrim tu dengan roti pastu balut dengan kertas aluminium. Simpan dalam peti ais. Nak makan baru goreng. Rasanya macam ada salut dengan bread crumb. Tak ingat la pula. Tapi sekarang ni tak payah susah-susah, aiskrim goreng dah siap standard size. Goreng saja. Setiap kali pergi Pasar Malam Seksyen 17 PJ mesti beli.

No comments: