Wednesday, March 16, 2011

Rendang Cendawan Chapchap

Lepas hantar mempelai ke Sungai Petani, kami terus ke Alor Setar menziarah saudara. Rumah pak saudara ni memang ada tanam cendawan so masa nak balik tu dapat bekalan sepeket cendawan yang fresh. Terima kasih Ayah Uda dan Mak Uda!

Cendawan tiram ni kalau goreng memang sedap, tapi kali ni masak lain dulu. Lebih kurang masak lemak cili api. Bahan-bahannya, cili api, bawang, serai dititik, kunyit hidup, daun kunyit, udang untuk rencahnya, santan dan cendawan tiram ni dikoyak-koyakkan.

Cili api, bawang, dan kunyit ditumbuk. Taruh minyak sikit dalam periuk dan tumis bahan yang tumbuk tadi sampai bangkit bau. Bubuh serai, udang dan santan. Bila dah menggelegak , masukkan daun kunyit yang sudah dikoyak. Masuk cendawan dan bubuh garam. Masak sampai jangan kering sangat. Biar ada kuah sikit. Itulah yang dinamakan chapchap...keringpun tak, kuah sangat pun tak. Ejanya tak taulah macam mana... ikut sebutan je.


1 comment:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

As salam, zarina cendawan goreng pun sodapppp