Tuesday, May 17, 2011

Membaca Kamus

Selalunya kamus untuk dirujuk. Jenuh tu nak baca beribu-ribu perkataan.Tapi saya pernah baca sebelum ni dalam majalah dan akhbar, kalau nak tingkatkan kosa kata, bacalah kamus tak kiralah BI atau BM.

Hmmm ... pantang nampak buku atau surat khabar terbentang ... harap-harap jadi kucing berilmu nanti :)

Dalam satu buku, tak ingat tajuk penuh, pasal belajar BI dalam berapa hari..... dia ajar cara ingat perkataan tu dengan menggabungkan kesemuanya menjadi satu cerita. Sambil tu gambarkan sekali apa yang diceritakan. Memandangkan nama saya bermula dengan huruf ‘Z’ jadi saya start dengan huruf ‘z’ dulu. Jangan gelak ek!

Pak Pandir membawa manisan Itali (zabaglione) yang dibuatnya kepada Mak Andeh. Beliau memang seorang yang lucu (zany) dan dungu. Malah semakin bersemangat (zealous) bila berjumpa dengan kuda belang (zebra) dan seladang (zebu) yang sama taraf dengan kepala otaknya.

Namun dia seorang yang bercita-cita tinggi ingin mengelilingi dunia. Dia berjalan hingga ke India dan terjumpa sebuah rumah(zenana) di atas puncak(zenith) sambil ditiup bayu(zephyr).

Dengan kemahuan(zest) yang kuat, Pak Pandir berjalan hingga ke Afrika dan terpaksa meniti batang pokok bunga (zinnia). Di situ dia terdengar bunyi berdesing (zip). Rupa-rupanya zipnya (zipper) terkoyak. Sebagai ganti dia mengambil tali alat muzik(zither).

Ohh! Patutlah aku malang hari ini, bintang(zodiac) aku kata hari ini jangan keluar rumah. Untuk keselamatan, masuk zon(zone) yang ada zoo(zoo). Ahli zoologi(zoologist) akan merawat Pak Pandir.

Ahh!! Aku tak nak jumpa doktor!. Dengan pantas (zoom)dia berlari sambil menyumpah (zounds). Dengan tak semena-mena dia terpijak labu(zucchini) dan terlanggar dengan orang Zulu(Zulu). Pak Pandir dipercayai menetap di Afrika dan telah berlakon filem Hollywood yang cukup dikenali iaitu God Must Be Crazy.

*Makna penuh sila rujuk kamus.

Sebenarnya pilih ‘z’ sebab tu je huruf yang sikit..hehehe..lepas tu dah tak buat dah. Masalah hangat-hangat tahi ayam ni susah diatasi. Huhuhu

No comments: