Friday, June 3, 2011

Lasagna



Pakai dua buku untuk rujukan nak buat ni. Tengok langkah demi langkah kat sini dan bahan-bahan kat buku Chef Kamarul sebab buku ni untuk budak-budak so bahannya lebih mudah lagi. Susah sikit sebab ada dua sos nak buat, sos keju ngan sos daging. Lepas tu kena lapis-lapis lagi. Lepas makan, confuse camne lak bleh rasa manis, tak masuk gula pun. Tu yang tak best tu jadinya. Lambat sikit habis. Tapi bila dah simpan dua tiga hari dan tinggal sikit, sedap pulak jadinya. Manis tu pun dah takde. Confuse pulak sekali lagi.

Mula kenal lasagna dekat pizza hut. Walaupun tak berapa reti nak menyebutnya, ada hati juga nak makan so untuk mengelakkan dari memalukan diri...bila waiter tu tanya, saya nak yang ni (tunjuk gambar). Masa tu ada yang daging, sekarang ni dah tak ada cuma ada yang vege saja. Kecil, mahal tapi nasib baiklah sedap.

2 comments:

Cendana Kasih said...

Ooo..kat Pizza Hut dah takde daging yer.. tu yg sedap kan.. tp pizza hut equine ni dah tak ok..online service dah takde.... susah aku nk order pizza

zarina said...

haah dah lama dah takde