Wednesday, July 27, 2011

Telur Pindang

Kenduri kahwin kat Johor biasanya telur pindang. Kulitnya hitam hasil dari rendam dengan daun-daun. Bukan semua orang suka makan ni. Saya pun tak berapa suka sangat tapi bolehlah makan. Lupa nak minta resepi dekat mak cik. So saya ambil dari sini.

Daun manggis
Daun lengkuas
Daun jambu untuk beri warna hitam pada telur
Daun serai + isi Daun senduduk
Kicap pekat
Ketumbar 2 kg
Jintan halus 100g
Jintan kasar 100g kisar semuanya
Bawang kecil 3 kg dengan kulitnya
Bawang putih 1kg
Cili kering 200 g
Isi lengkuas
Cuka 1 cawan
Garam secukup rasa


Cara membuatnya:
- apabila semua daun telah dicuci, susun sedikit demi sedikit daun dalam periuk.
-letakkan semua bahan- bahan yang digunakan sedikit demi sedikit sambil diselangi telur
-Buat sehingga habis bahan
-kemudian, telur hendaklah direbus pada api yang kecil dalam jangka masa 2 hari.

Dah macam telur coklat pun ada

1 comment:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

saya tak suka sbb ada bau satu macam lerrrr...