Sunday, March 4, 2012

Bas mini

Membaca Utusan semalam kisah nostalgia bas mini. Jadi mengimbaulah kenangan silam.

1.Memang laju giler. Dalam tu tulis kesemua bas mini meternya putus. Bayangkan betapa lajunya. Laju macam pelesit. Lepastu pandai cilok-cilok pulak. Kalau duduk tepi, kena pegang palang kerusi depan kuat-kuat masa lalu selekoh. Silap-silap boleh terduduk di lantai. Walaupun agak ‘gerun’ tengok cara memandu tapi ia penyelamat untuk orang yang dah lambat pergi kerja.

2.Pernah sekali, takut nak naik bas ni sebab tengok depan mata kawan satu hostel jatuh. Dia baru naik tangga pertama, baru sebelah kaki je bas dah jalan. Kawan ni siap maki lagi. Pemandu ngan konduktor tengok je dan terus pergi. Mujurlah luka di lutut sikit sahaja. Tapi sekejap je seriknya lepas tu naik balik maklumlah itu aja kenderaan rasmi nak pergi CM, Pertama atau Chow Kit.

3.Jarang-jarang sekali dapat tempat duduk kalau naik bas mini ni. Kalau rasa-rasa nak turun bus stop yang terdekat je baiklah menyelit ruang antara belakang pemandu dengan kerusi pertama. Kalau kita diri di tengah-tengah nanti konduktor akan cakap “belakang, belakang lagi”. Udahnya sampai ke belakanglah kita setelah diasak-asak orang depan. Lagipun takut kena marah dengan konduktor. Masalah bila nak turun, dah tersepit di belakang. Kenalah berhenti hentian akhir.

4.Keadaan yang sesak juga membuatkan ada kalanya tak payah bayar tambang. Waktu tu kurus melidi lagi jadi memang selalu tak nampaklah.Yang specialnya konduktor tu kalau tak boleh masuk ke belakang nak bagi tiket, tiket akan di pas-paskan antara pemandu sampailah ke belakang. Kerjasama tu..haha

Setelah bas mini ditamatkan, bas Metro hampir menyerupai dari segi sesaknya dan lajunya tapi bolehlah bernafas sikit dalam ni sebab panjang dan ada air cond. Ada orang kata pemandu bas Metro orang yang sama bawa bas mini, tu pasallah sama aja.

Kelebihan sebagai penumpang bas yang setia. Boleh tahu semua jalan-jalan di KL termasuklah jalan-jalan tikus sebab bas mini ni kadang mencari penumpang dia tak ikut laluan bas. Jadi bila pakai kereta senang sikit nak tahu jalan.

1 comment:

Cendana Kasih said...

lor...ingatkan kat kualer dah ada bas mini!