Saturday, April 28, 2012

Penjan

Penjan merupakan sejenis kuih daripada ubi (pisang) yang dimasak dengan air gula.

Paling senang nak buat. Hatta bagi orang yang tak tau masak pun. Pejam mata je. Bahan-bahannya cuma ubi kayu dan gula kabung atau gula melaka.


Tapi nak kupas ni jangan la pulak pejam mata, naya je. Potong ubi kayu ni berbeza potong ngan ubi yang lain. Jangan pula kupas macam biasa. Belah kan sikit, pastu tarik je kulitnya.... aik macam ada pengalaman salah potong je..hehehe


Terserlah putihnya


Rebus dengan air yang agak-agak je la. Tapi kalau nak bagi berkuah-kuah lebihkan sikit. Biar sampai empuk.

Gula Melaka ni pun agak-agak le, nak manis tara mana.



Masukkan gula dalam ubi tadi tapi pastikan ubi tu betul-betul empuk.

Biar sampai pekat gula tu, dah siap untuk dimakan.

Senang je, kan.

1 comment:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

bsb suka ubi kayu cicah kelapa.