Tuesday, August 28, 2012

Ramah Mesra Raya




Apabila Syawal menjelma, masa inilah kesemua saudara mara dapat berkumpul. Oleh itu Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Keluarga Allahyarham Haji Mohamed Salleh bin Bijan diadakan. Keluarga Haji Mohamed Salleh merupakan satu keluarga yang besar melalui perkahwinan beliau dengan tiga isteri iaitu Maimunah, Ngah Sariah dan Fatimah. Setakat ini 327 nama yang telah direkodkan.  Hasil perkahwinan isteri pertama mendapat 2 orang anak dan tinggal di Ipoh.  
 
Sebagai seorang guru agama, beliau telah mengajar di merata tempat di Perak termasuklah di Kuala Lumpur.  Orang-orang kampung menghormati guru agama dan berharap beliau akan terus menetap di situ dengan mencadangkan berkahwin dengan penduduk tempatan. Akhirnya  beliau turut membina keluarga di Bota dan memperoleh 7 orang anak. Berulang-alik dari Ipoh ke Bota tidaklah semudah sekarang. Perjalanannya jauh. Oleh itu setelah isteri pertama meninggal dunia, beliau berkahwin dengan Fatimah yang berasal dari Ipoh agar dapat menjaga  kebajikan 2 orang anaknya sebelum ini. Berkahwin semasa pemerintahan Jepun (1942) tiadalah kenduri sangat. Hasil dari perkahwinan ini beliau memperoleh 7 orang anak.

Kini kesemuanya disatukan di bawah keturunan Mohamed Salleh bin Bijan. Memandangkan keluarga yang besar, kalau diikut pangkatnya saya dah bercucu. Arggh tak best...harap-harap cucu-cucu saudara tu takdelah panggil nenek ya. Tua bebenor rasanya. 










 
Ini merupakan perjumpaan kali kedua selepas dua tahun yang lalu. Pelbagai acara telah diadakan, tahlil, selawat beramai-ramai, mini golf, kerusi bertuah, teka jumlah kacang, anyam ketupat, tiup belon dan pelbagai lagi dengan harapan dapat mengenali lebih rapat kesemuanya.  Namun dalam ramai-ramai tu takde pula yang mengikut jejak arwah Nenek sebagai guru agama, harap-harap kita dapat menjaga nama baik Nenek. Al-fatihah buat nenek (Haji Mohamed Salleh) opah, bapa dan mak saudara yang telah meninggal dunia. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.



No comments: