Friday, December 28, 2012

Kucing Pandai Tengok Jam???

Salah seekor kucing ni dah buat hal dengan menjadikan carpet sebagai tempat buangan. Sebagai hukuman bapak kenakan perintah berkurung.  NO lepak-lepak di atas sofa. Kedua-duanya kena tidur di dapur lepas 12 tengah malam. Biasanya sayalah yang kena kejar dua-dua ‘budak’ ni. Bawah meja, bawah kerusi, belakang almari segala ceruk kena perhati.


Sebelum pukul 12, kita pun relax tengok tv, deme pun tidur dengan santainya, berguling, menggeliat duduk sofa. Tatkala jam berdenting pukul 12, TING! TING! TING!..... mata masing-masing terbuka. Aik tetiba dari duduk di sofa dah hilang entah ke mana. Aduh biar betul ni tau pulak tengok jam.
 

Ada sekali tu masa tengok tv pula, sampai 12.30. Kucing tu  masih bersantai-santai tunggang terbalik tidur  di sofa. Bila tutup je  tv,alih-alih tengok dah hilang. Aik dah pandai tengok tv pulak. Siap buat test lagi, tutup tv masa pukul 11.30 malam. Buat dek je tidur lagi. Bila tutup je tv pukul 12.30 dia mula hilang. 

Bijak sungguh. Rupanya kucing ni menggunakan deria pendengaran untuk ‘menyelamatkan diri’ Bukanlah sebab dia pandai tengok jam hehehe. Berbulan-bulan jugalah proses kejar mengejar di tengah malam ni berlaku. Tapi sekarang ni dah makin senang sikit. Bila jam berbunyi pukul 12, deme masuk sendiri ke dapur sambung tidur. Saya tinggal tutup pintu je bila dah nak tidur. Tapi bukan selalulah deme buat macam tu. Kalau selalu boleh jugak masukkan dalam buku rekod Malaysia hehe

No comments: