Friday, June 27, 2014

Kucing dan Kedegilannya





Dah lama tidak mencoret di sini. Tak sangka ramai yang mencari nama kucing melalui Google sampai menjadi top five popular post ni ha. Gelak sendiri bila tengok keyword. Hebat, nak namakan kucing pun sampai Google  hehe.. Nama kucing bahagian 2 akan datang nanti. Mula-mula buka cerita fasal si Kuntum yang mengada-ngada ni.

Ada satu ketika, Kuntum buat perangai, be***k (bukan mencarut, takut orang tengah makan sambil baca terbayang pulak) dalam rumah. Nasib baik pot dia kat satu tempat aje. Di penjuru dinding. Jadi senang taruh surat khabar. Tak tau masalah apa yang dialami, sebelum ni tak ada pun macam tu. Siap mengkaji, agaknya dia takut  kucing di luar.



 Lebih menyakitkan hati bila nampak bapak datang –bapak – orang yang mempunyai kuasa untuk membuang tanpa memberitahu- kiranya – nyah kau dari sinilah Kuntum wei. Masa time bapak datang nilah baru nak mencakar-cakar. Mengada-ngada betul, jadi untuk menyelamatkannya, terpaksalah buka paip air atau ketuk apa-apa benda supaya tak kedengaran.

Ikut petua orang tua-tua, ukur ekornya dengan lidi dan letak lidi tu di tanah, tempat yang kita nak dia be**k. Arggh tak jalan. Akhirnya buat petua sendiri.. hipnosis okeh. Masa dia tidur tu siap bisik kat telinga dan cakap berulang kali “be**k dekat luar” . Pendekatan psikologi ya. Ok satu hari je dia tak buat perangai, tapi esoknya masih mencari pot yang sama.

Baru-baru ni, saya ke KL, bila balik mak cerita, dah seminggu Kuntum tak be**k dalam rumah sampailah sekarang. Haish apa maknanya tu. Saja nak menguji kesabaran ni, siap hipnosis bagai lagi tau tak. KUNTUM!!!!


2 comments:

Noorma Cendanakasih said...

beli la bekas tandas tu, letak pasir dan letak kat port dia selalu poo tu... tp kucing aku dh jadi tempat dia tido la plak. Kalo nk poo, diorang akan keluar rumah, melainkan sakit perut dah tak tahan sangat, baru poo dlm tandas diorang tu

zarina said...

Ada, tapi tak pakai sebab dia memang biasa kat luar tapi ni saja buat perangai untuk ambil perhatian tuan dia :) ala-ala mengada-ngada