Thursday, April 5, 2018

Da Lat, Vietnam (3-7 Mac 2018)


Da Lat banyak tempat yang menarik. Tidur satu malam je tak cukup sebenarnya. Mengenangkan masa  yang singkat, kenalah pilih tempat yang betul-betul kena dengan jiwa semua ahli kumpulan. Waduh-waduh susah nak buat pilihan, buang satu tambah satu. Banyak tempat yang boleh dilawat seperti air terjunnya, kereta kabel, kampung-kampung yang ada adat tradisional, sejarah dan taman-tamannya. Memang semuanya ada di sinilah. Lagi satu sebelum ni ada baca, kawasan ni sejuk, macam Cameron Highlands, dah bersedia baju tebal sikit tapi tak sejuk pun.  Ikut bulan kut.

Kalau tak tahu nak pilih mana, kenalah rajin membaca sikit dan kalau malas membaca, ambil je mana-mana pakej hihi. Contohnya Pongour Waterfall, Datanla Waterfall dan Elephant Waterfall.
   
View daripada hotel. Da Lat juga dikenali sebagai Little Paris oleh orang tempatan.

HCM ke Da Lat ikut jalan darat hampir 8 jam. Untuk jimatkan masa nak balik semula ke HCM kami naik flight VietJet. Ms Khanh dah tempahkan sekali. Include trip. Mula-mula tiket pukul 4.35 petang bermakna pukul 2.00 dah kena pergi airport. Masa setengah hari untuk pergi ke tempat yang banyak benda menarik tentulah tak cukup. Pening nak pilih tempat dan sentiasa kena buat undian.  Minggu –minggu akhir sebelum nak pergi, Ms Khanh beritahu flight dijadualkan semula pukul 7.00 petang so ada masa lebih nak melawat. Yeah! Delay yang menyeronokkan.

Pemandangan ala-ala iklan Salem High Country (dulu-dulu)
Pukul 7.30 pagi driver datang tepat masanya.  Driver lain, kereta lain. Tak jumpa dah budak semalam. Yang ni pandai cakap English dan banyak bercakap. Destinasi pertama ke Me Linh Coffee Garden. Cadangan daripada Ms Khanh sendiri. Sebenarnya kami pilih tempat lain tapi tertawan dengan 2 keping gambar yang dihantar. Wah! Terus 'buang' yang lain.

Tempat tu jauh juga dari bandar.  Setelah melalui suasana mendamaikan pohon-pohon ru ala-ala Salem High Country  mulalah melalui kawasan yang banyak bunga-bunga pula . Suasana tu dah rasa seperti di Cameron Highlands, pelbagai ladang bunga di kiri dan kanan.
Sudah sampai. Laluan berbumbung tu ada kerusi-kerusi di tepi. Jadi boleh duduk rehat-rehat di situ.

Me Linh Coffee Garden merupakan tempat pokok kopi ditanam dan ada kafe di situ. 'Bolehlah try sarapan sini', fikir saya. Setelah nampak signboard weasel cages … erk musang tu. Ni sama dengan kopi luwak (Indonesia) juga gamaknya. Tak lalu pula nak minum di situ. Suasana di situ memang cantik dan damai. Saujana mata memandang. Yang paling menarik adalah kebun bunga yang terletak di sebelahnya. Bunga 3 bulan (hydrangea) dan bunga matahari ditanam berbatas-batas di situ.

Ada musang? Eh kita nak tengok bunga ya. 
Kawasan di situ luas. Ada tasik. Kami tak turun ke pokok kopi tu.


Sini ada lagi kopi. Mencari-cari manalah dianya flower field yang Ms Khanh beritahu tu. Driver tu tunjuk arah ladang yang lain daripada gambar yang diberi. Hmmm.
Eh tu dia bunga matahari yang banyak tu. Jom cari jalan masuk


Boleh lepak minum kopi di sini. Erk tak lalu la pulak bila nampak ada kandang musang tu.

Lebah menghisap madu bunga.

Bunga-bunga matahari.
Anggun mekar di taman sari,
Warna jingga suntingan hati
Bagai tanda kasih bersemi

- Maya
Wau gila bergambar dibuatnya tengok bunga-bunga ni. Bunga matahari pun dah besar muka sendiri. Diletak pula buaian sebagai prop. Meredah batas-batas bunga matahari yang hampir tinggi dengan diri sendiri untuk mencari posisi yang menarik hingga tak sedar kasut berlemuih kena tanah.Seberang ladang ini juga ada satu ladang lagi. Ada pokok lavender tapi belum besar lagi. Driver tak khususkan masa berapa minit. Jadi bergambar hingga puas.

Kena pilih posisi yang sesuai untuk mengambil gambar sebab bunganya 'memandang' ke arah yang sama. Jadi kita pun kenalah bergambar ikut arah gitu juga.

Teringat mak pernah tanam bunga ni dulu. Bunga-bunganya memang sejambak gitu. Nama saintifik Hydrangea atau dipanggil nama 3 bulan kerana mengambil masa 3 bulan untuk berbunga kembang mekar. Di tengah bandar Da Lat pun memang banyak ditanam dekat tepi jalan. Memang senang hiduplah di sini sebab dia memang sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi.

Walaupun sini ladang bunga, takde pulak benih pokok yang dijual. Dia memang ladang je.  Sebab yang utamanya adalah tanaman kopi. Masuk ke sini  VND 15,000 (RM 2.60)
Lavander masih kecil. 



Mencari tandas, haih ke lain pulak pergi. Rupanya dah dekat dengan kandang musang. Mari kita singgah dulu sebelum masuk toilet. Yang ni sama ada biji kopi yang telah 'diproses' oleh musang ke atau tidak saya pun tak tau.
Cuba tenung di hujung sekali tu. Musang tengah tidur nyenyak. Diakan haiwan nokturnal. Berjaga malam.
Seterusnya ke Crazy House. Tiket dah include dalam trip. Memang crazy rumah ni, masuk lain boleh tembus ikut lain. Sayangnya time kami pergi, ramai juga pelancong lain jadi terpaksa menunggu giliran jika laluan di situ kecil. Nak bergambar pun susah juga nak cari pot yang tak banyak orang. 
Crazy house. Dalam ni ada hotel juga. 
Panduan kawasan tu, tetapi idaklah tengok betul-betul. Mana yang nampak kosong, kitaorang terjah.

Berhati-hati juga di sini, sebab laluan dia bukan macam tempat biasa, ada yang naik turun tangga, ada yang laluan kecil.
Special tong sampahnya.

Di sini juga menambah ilmu dengan meninjau tempat sejarah. Bao Dai Palace merupakan kawasan istana musim panas bagi raja Vietnam (dinasti Nguyen yang terakhir). Seronok juga melihat istana zaman dulu.  Istana ini dibina tahun 1933 dan siap 1938. Oleh kerana Vietnam pernah dijajah Perancis jadi kita boleh baca cerita-cerita dan keterangan gambar tu ada kena-mengena dengan Perancis.  Arkitek Perancis dan Vietnam, Huynh Tan Phat merupakan tunggak utama yang membina istana ini.  Malah, ada material yang dibeli terus dari Perancis.
Bao Dai Palace, tak besar sangat. Dalam 45 minit pun dah boleh habis. Reminder, sesiapa yang tak minat tempat begini  (sejarah) akan mengatakan ia hanya sebuah bangunan. Di luar bangunan juga ada gerai-gerai dan tempat untuk bergambar dengan kuda, burung. Tapi kena duitlah. Silalah bergambar dengan bunga di taman sahaja. Tiada caj dikenakan. 

Bilik tidur anak-anak raja
Kita boleh masuk bilik-bilik di istana tersebut. Ohh kena pakai sarung kasut yang disediakan di pintu masuk. Boleh tengok bilik kerja, bilik tidur putera dan puteri, pemangku raja, bilik hiburan bersama keluarga dan macam-macam lagilah. Nak tengok toilet pun boleh tapi tak boleh masuk,  ditutup tapi boleh tengoklah sebab transperant.  Bilik raja dekat dengan balkoni yang diberi nama khas moon watching balcony. Kalau siangnya, dari balkoni tu boleh nampak taman yang cantik dihias rapi.
View dari koridor melihat anak bulan. 

Bilik pemangku raja/ raja muda. 
Bath tub dan toilet bowl ni mesti import dari Paris, kan.
Mesin tenun rasanya, hihi haritu dah google translate. Lupa
Bilik permaisurinya lebih besar daripada bilik Raja itu sendiri. Permaisuri ada bilik jahitnya sendiri juga yang terletak berdekatan biliknya.  Kisahnya,  permaisuri ni anak orang kaya dan pernah menjadi ratu cantik ketika mudanya.  Baginda meninggal dunia kerana kanser. 

Ada sesetengah keterangan  tiada dalam bahasa Inggeris jadi guna Google Translate sahaja untuk ketahui info. Untuk trip Vietnam ini sebenarnya kita boleh minta tour guide yang berbahasa Inggeris, memandangkan kami ikut bajet dan sekarang ni apa pun boleh google. Tak payahlah ambil tour guide, ambil driver je. Kalau tour guide berbahasa Inggeris harga lain.
Kalau ikut apps Muslim Pro, ini je restoran halal yang disenaraikan. Tidak pasti jika ada restoran halal yang lain.
Simple je. Tapi ayam tu sedap hingga menjilat jari, tak tau nak kata masak apa, tak berapa pedas tapi pelbagai rasa. 
Lunch time di Restoran Fatimah. Ya Allah sedapnya lauk, selera kami makan. Include dalam trip juga. Pilihan menu yang bijak sama ada oleh orang kedai atau driver sebab masa kami sampai dah siap terhidang.  Vietnam style, ada lauk ayam, udang dan semestinya peberet orang Malaysia, telur dadar haha. Sup sayur pun sedap tu siap ada cabai potong. Tapi belum cukup lengkap. Tambah kicap. Barulah kick. Licin semuanya.  Ada bilik solat di sini. Alhamdulilllah tak payah fikir nak cari tempat untuk solat dah.  
Stesen Kereta Api Da Lat. 
Boleh bergambar di gerabak-gerabak yang ada di sini. 
Seterusnya, masih mengekalkan tema sejarahnya.  Melawat ke stesen kereta api Da Lat.  Jika baca di google, kita boleh beli tiket untuk ke satu kawasan perkampungan. Kiranya khas untuk pelancong sebab dia akan patah balik tapi kami tak sempatlah nak naik. Just melawat dan bergambar di situ.

Tanya dekat driver, La Phong tu apa? La phong! Dia pun tak tahu nak menjelaskan haha agaknya nama Vietnam untuk Da Lat Maple Leaf
Maple Tree
Ha ni kan macam bendera negara Kanada
Special kerusi ni, daripada tayar
Tangga yang dicat berwarna-warni

Tayar lagi.

Destinasi akhir petang-petang ni ayuh kita ke taman. Sebenarnya banyak taman menarik yang ada di sini, 3-4 jenis juga. Membuat undian taman mana nak pergi akhirnya pilih Da Lat Maple Tree sebab macam baru dibuka dan belum ramai orang pernah pergi lagi. Tengok pokok maple pun muda lagi. Mungkin ada bulan-bulan yang menarik yang sesuai pergi ke sini. Sila tengok website.  Dalam satu jam lebih kami pun beredar, kiranya penat juga dah. Terus ke airport sahaja. Ho Chi Minh kami datang. Shopping time!


8 comments:

Dilla said...

Hi sis zarina. Boleh tau one day trip to dalat berapa kos ya? Termasuk transport & semua lah. Tq.

zarina said...

Hi Dilla. Maaf, saya rasa tak boleh dibuat perbandingan sebab pakej kami dikira dari HCM, Mui Ne dan Dalat termasuk tiket flight Dalat ke HCM. Dan kami pilih tempat-tempat yang nak pergi. Jadi harga berbeza.

Boleh tanya dengan travel ejen yang kami pergi ni:

https://jomlah-zarina.blogspot.com/2018/03/tip-pakatan-vietnam-3-7-mac-2018.html

zarina said...

V.N Lotus

agenayamterpercaya said...

Saya suka artikel kamu gan.. banyak manfaatnya.. seperti artikel saya yang berjudul Mengenal Ayam Laga Asal Desa Ciparage

Cahayahidupku said...

Tq info sangat berguna

najwa said...

Trip ke Ho Chi Minh - Dalat - Mui! ✈ Hanya RM1500/pax (fullboard) pada 2-6 Jun 2020. Promosi tamat pada 31/12/19. Untuk pertanyaan lanjut boleh ws �� 018-9581995 atau email �� najwaakutravel@gmail.com

Melancong Murah Baloi said...

Salam pelancongan semuanya,kami PT NURUL INSYIRAH VENTURE menyediakan pakej pelancongan ke Da Lat.Driver guide pakej ini prihatin dan fleksible.
Makanan yang dijamu juga enak.
Pokoknya,kalau mahu ke Da Lat hubungi kami 017-536 7426 atau +6281397288197.
Makasih ya empunya blog
Facebook: melancong murah baloi
Ig: melancong_murah_baloi

linktr.ee/MelancongMurahBaloi
linktr.ee/MelancongMurahBaloi
linktr.ee/MelancongMurahBaloi  

Fadz Rahman said...

Hi jom ke Dalat bersama kami 2020 ni. Juga ke destinasi lain di Vietnam, Jepun, Egypt, Europe. Emel kami nurulfadzlah@gmail.com